top of page
  • Writer's pictureMYB

JATI Pecah Rekod MBOR Hasilkan Guni Beras Terberat Di Malaysia Sempena Sambutan Ulangtahun ke-30

JATI, jenama beras terkemuka negara keluaran syarikat Serba Wangi Sdn Bhd telah mengadakan majlis sambutan ulangtahun ke 30 mereka bertempat di perkarangan pusat beli-belah Lot 10 Kuala Lumpur semalam.



Perasmian majlis tersebut tleah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Arman Bin Mahmood, Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).


Sejak penubuhannya pada tahun 1993, operasi syarikat Serba Wangi Sdn Bhd telah berkembang menjadi salah satu pengilang dan pemborong beras terbesar di negara ini. Bersempena dengan sambutan ulangtahun tersebut, Serba Wangi Sdn Bhd telah mengadakan pelbagai acara signifikan, antaranya pameran 30 arca hidangan berasaskan produk Jati di perkarangan pusat beli-belah tersebut.


Pengunjung yang hadir boleh menyertai pertandingan 'Tangkap & Menang' dengan hanya mengambil gambar bersama arca tersebut mengikut kreativiti masing-masing serta berpeluang untuk memenangi 303 set hadiah menarik yang telah disediakan oleh penganjur.



Kemuncak kepada acara sambutan tersebut adalah apabila JATI melakar satu lagi kejayaan terbaru dengan menempa nama di dalam Malaysia Book of Records apabila berjaya menghasilkan guni beras terberat di Malaysia dengan berat 3 tan sekali gus mengatasi rekod lama iaitu 1.501 tan. Beras seberat 3 tan itu kemudiannya telah disumbangkan kepada golongan yang memerlukan seperti rumah kebajikan anak yatim dan pusat penjagaan warga emas.


En Chua Ken Jin, Pengurus Besar Serba Wangi Sdn Bhd dalam satu kenyatan menyatakan bahawa kejayaan ini merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan yang amat membanggakan but JATI dan sudah tent kejayaan ini tidak dapat dikecapi tapa sokongan dari para pelanggan yang berada diseluruh negara.


Selepas tiga dekad berada di pasaran, JATI telah membuktikan kewibawaannya menerajui industri ini. Kepelbagaian barangan yang dihasilkan, termasuk tepung, bihun, minuman bijirin, dan lain-lain, menunjukkan dedikasi JATI dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggannya.


JATI juga berharap agar dapat meniadi jenama global dengan pelbagai jenis produk yang memenuhi keperluan orang ramai di semua peringkat masyarakat suatu hari nanti.

bottom of page