top of page

“Jom Rawat Burnout”: 300 Kakitangan AADK Perangi Keletihan Mental

  • Writer: MYB
    MYB
  • 3 hari lalu
  • 2 min membaca

SETIA ALAM — Seramai 300 kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dari Zon Tengah bakal menyertai program kesihatan mental bertajuk “Jom Rawat Burnout” yang akan berlangsung selama dua hari bermula pada 10 dan 11 September 2025 di Courtyard by Marriott, Setia Alam. Program ini dianjurkan oleh EcoTwin Step Sdn Bhd dan dikendalikan oleh pakar Neuro-Linguistic Programming (NLP), Dr Hisham Dzakiria.


“Jom Rawat Burnout”: 300 Kakitangan AADK Perangi Keletihan Mental
Program “Jom Rawat Burnout” berbeza daripada program motivasi atau bina semangat biasa, sebaliknya ia digubal untuk mengubah minda, cara berfikir, dan budaya kehidupan peserta.

Program ini bertujuan menangani isu keletihan mental atau 'burnout' yang semakin membimbangkan dalam kalangan penjawat awam, khususnya mereka yang berdepan dengan tekanan kerja tinggi seperti kakitangan AADK yang bergelut dengan isu dadah yang juga merupakan musuh utama negara.


“Setiap manusia perlukan rawatan dan sembuh daripada gejala burnout. Kakitangan AADK tidak terkecuali kerana mereka memikul tanggungjawab berat dalam memerangi dadah,” kata Dr. Hisham Dzakiria, yang juga dikenali sebagai Dr Healing.

“Jom Rawat Burnout”: 300 Kakitangan AADK Perangi Keletihan Mental
Dr Hisham Dzakiria merupakan pakar Neuro-Linguistic Programming (NLP) yang juga dikenali sebagai 'Dr. Healing' dalam bidang penyembuhan jiwa dan sebagai seorang jurulatih kepimpinan.

Menurut beliau, program ini bukan sekadar sesi motivasi biasa, tetapi satu pendekatan holistik yang dirangka untuk mengubah cara berfikir, budaya kerja dan gaya hidup peserta agar lebih positif, bertenaga dan berdaya saing.


“Harapan saya, melalui perkongsian pengalaman dan modul yang berimpak tinggi, kakitangan AADK yang hadir itu akan mendapat manfaat untuk menjadi insan yang lebih seimbang, membina budaya kerja yang lebih dinamik, bertenaga serta berdaya saing,” katanya.

EcoTwin Step telah menyediakan modul khas yang dirangka secara teliti untuk membantu peserta membina semula kekuatan dalaman, mengatasi tekanan kerja dan mengelakkan burnout daripada berulang.


Program ini akan turut diserikan dengan kehadiran Ketua Pengarah AADK, Dato’ Ruslin Jusoh sebagai tetamu kehormat, serta persembahan khas oleh artis jemputan Ayu Damit.


Dr Hisham yang berpengalaman luas dalam bidang NLP dan kepimpinan, pernah dijemput AADK dalam program serupa di Gopeng, Perak pada Julai lalu. Beliau berharap agar perkongsian ilmu dan modul berimpak tinggi ini dapat membantu peserta menjadi individu yang lebih seimbang dan produktif.



Komen


bottom of page