Juara Gegar Vaganza Musim Ke-8 Milik Aliff Aziz
top of page
  • Writer's pictureMYB

Juara Gegar Vaganza Musim Ke-8 Milik Aliff Aziz

Finale Program Gegar Vaganza Musim ke-8 yang bersiaran secara lansung dari Putrajaya International Convention Centre (PICC) malam tadi menobatkan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz sebagai juara program tersebut musim ini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000.00 tunai sumbangan Astro berserta trofi.


Gegar Vaganza, Gegar Vaganza Musim ke-8, GV8
Aliff Aziz dinobatkan sebagai Juara Gegar Vaganza Musim ke-8

Dengan tema minggu finale , ‘Akhirnya Kini Pasti, Aliff menyampaikan lagu Sampai Syurga, nyanyian asal Faizal Tahir secara solo, manakala lagu Dealova nyanyian asal Once secara duet bersama Hafiz Suip.


Sementara itu dalam segmen 'GV Battle Round', Aliff dipadankan bersama Aweera dan menyampaikan lagu Bangun nyanyian asal Aman Ra. Secara keseluruhan, Aliff berjaya megumpul markah keseluruhan sebanyak 83.06 peratus, meletakkannya dalam posisi selesa pertandingan tersebut.


Naib juara pula dimenangi oleh Nikki Palikat dengan pungutan markah sebanyak 81.26 peratus dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM 50,000 beserta trofi. Nikki mempersembahkan lagu Terasing nyanyian asal Sudirman secara solo dan Mengapa nyanyian asal Nicky Astria secara duet bersama Idayu AF3.


Sementara itu Suki Low mendapat tempat ketiga dengan pungutan markah sebanyak 77.91 peratus dan membawa pulang hadiah wang tunai RM 30,000 beserta trofi. Suki bagai bangkit semula dengan membaiki kekurangan persembahan pada minggu separuh akhir dengan memberikan persembahan bertenaga ketika menyampaikan lagu Titanium nyanian asal Sia secara solo dan lagu Jera nyanyian asal Agnes Monica secara duet bersama Shila Amzah. Kedua-dua persembahan tersebut menerima pujian daripada barisan juri.

No

Finalis

Jumlah Keseluruhan Markah Juri (%)

1.

Aliff Aziz

83.06

2.

Nikki Palikat

81.26

3.

Suki Low

77.91

4.

Adibah Noor

67.25

5.

Azan SCAN

64.04

6.

Aweera

63.90

Pungutan markah keseluruhan finalis GV8


Adibah Noor, Azan SCAN dan Aweera pula masing-masing hanya mampu berpuas hati di tempat keempat, kelima dan keenam.


Adibah Noor membawa pulang hadiah wang tunai RM 20,000 beserta trofi manakala Azan SCAN pula membawa pulang wang tunai RM 15,000 beserta trofi. Sementara itu, Aweera membawa pulang wang tunai RM 10,000 beserta trofi.



Persembahan peserta akhir GV8 diadili sepenuhnya oleh juri profesional iaitu Datuk Ramli MS , Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat selaku juri tetap manakala Joe Flizzow sebagai juri jemputan. Program GV8 dihoskan oleh Nabil Ahmad serta Jihan Muse.

bottom of page