top of page
  • Writer's pictureMYB

KamiSempoi Berjaya Raih Pengiktirafan Agensi TikTok Nombor 1 di Malaysia, 5 Terbaik Di Asia Tenggara

Setelah dua tahun lebih beroperasi sejak Disember 2021, KamiSempoi International Agency (KSIA) kini mampu berbangga kerana berjaya meraih pengiktirafan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia serta Top 5 TikTok Agency di Asia Tenggara.


KamiSempoi International Agency
Acara KamiSempoi Golden Award 2023 yang diadakan baru-baru ini di Pavilion, Bukit Jalil mengiktiraf kejayaan hos 'live' TikTok yang bernaung dibawah KSIA

Sekaligus membantu mengukuhkan kedudukan mereka sebagai syarikat agensi lokal TikTok terbesar yang banyak melahirkan pencipta kandungan atau pempengaruh TikTok di aplikasi dan platform media sosial tersebut.


Dinaungi oleh 1,300 live hos TikTok di Malaysia, KSIA turut berjaya meluaskan empayar mereka di Indonesia dan Singapura apabila memiliki 100 hos 'live' TikTok di Singapura dan 550 hos 'live' TikTok di Indonesia, serta dinaungi oleh 21 sub agensi secara keseluruhan.


Dengan pencapaian yang diraih itu, KSIA telah bersedia untuk mengambil langkah lebih jauh lagi bagi membantu individu yang ingin menjadi pempengaruh dan menjana pendapatan sebagai hos 'live' TikTok.


Sebagai merayakan kejayaan dalam memperkukuh kedudukan sebagai peneraju Agensi TikTok di Malaysia, KSIA baru-baru ini menganjurkan sebuah acara anugerah KamiSempoi Golden Award 2023.


Acara ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hos 'live' dan sub-agensi mereka yang telah memberikan sumbangan yang signifikan kepada KSIA. KSIA berharap untuk meneruskan acara ini setiap tahun sebagai satu platform penghargaan kepada individu dan pasukan yang membantu melonjakkan nama agensi.


Pengasasnya, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee berkata, pihaknya benar-benar berbangga dengan kejayaan yang dicapai mereka itu dalam tempoh yang singkat.


KamiSempoi International Agency
Pengasas KamiSempoi International Agency (KSIA), To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Cin Swee

“Apa yang membezakan KSIA dengan agensi-agensi yang lain adalah kami tidak putus-putus mengadakan latihan kepada live host TikTok kami sama ada yang bernaung terus di bawah KSIA sendiri atau sub agensi kami.


“Kita menyediakan latihan ini secara percuma. Ada latihan yang KSIA sediakan dan ada pula yang disediakan oleh sub-agensi kami. Pendek kata, banyak ilmu mereka boleh mereka perolehi daripada sesi latihan ini.


“Kami tidak pernah putus asa memberikan latihan yang berterusan ini kerana kami mahu mengasah TikToker ‘mencipta konten’ dan juga bagaimana mereka boleh ‘engaged’ dengan pengikut supaya mereka boleh ada ramai pengikut, dan pada masa yang sama mereka mampu menjadikan platform TikTok sebagai satu sumber pendapatan,” katanya pada sidang media KamiSempoi Golden Award 2023 di Pavilion, Bukit Jalil.


Pada acara tersebut, selebriti Riezman Khuzaimi, atau lebih dikenali sebagai Abang Don, telah dilantik sebagai duta KSIA. Hal ini dilakukan berdasarkan kejayaan dan pengaruh yang dimiliki oleh Riezman dalam industri TikTok.


KamiSempoi International Agency
Riezman Khuzaimi, atau lebih dikenali sebagai Abang Don, menerima perlantikan sebagai sebagai duta KamiSempoi International Agency (KSIA).

Dengan pelantikan ini, KSIA berharap dapat meluaskan jangkauan dan meningkatkan aktiviti yang dilakukan untuk memperkukuh kedudukan agensi dalam pasaran digital.


KSIA menyediakan pelbagai latihan secara percuma kepada hos 'live' TikTok mereka, sama ada yang bernaung di bawah KSIA sendiri atau sub agensi mereka. Tujuan latihan ini adalah untuk mendidik barisan hos ini dalam menghasilkan kandungan yang menarik, bermanfaat, dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh TikTok.


KSIA memainkan peranan yang penting dalam membantu individu dari pelbagai lapisan masyarakat untuk mencipta nama dalam industri TikTok. Dengan pendekatan yang teliti dalam memberikan latihan dan panduan kepada hos 'live', KSIA memberi peluang kepada setiap individu untuk menjelajah dunia TikTok dengan lebih yakin dan kompeten.


KSIA percaya bahawa pendidikan yang berterusan akan membantu mereka untuk memahami cara mengasah bakat mereka dan menjadikan TikTok sebagai sumber pendapatan yang mapan.




コメント


bottom of page