top of page
  • Writer's pictureMYB

KC Global Media Lancar Saluran Animax dan GEM di Platform Penstriman Tonton

KC Global Media, rangkaian hiburan utama Asia dan pengendali multi-siaran, telah mengumumkan satu perjanjian dengan konglomerat media dan hiburan bersepadu terbesar Malaysia, Media Prima, untuk membawa drama Jepun, aneka ragam, dan animasi Jepun premium dalam aplikasi penstriman video, Tonton.


Melalui perjanjian ini, lebih daripada 400,000 pengguna di Tonton kini boleh mengakses aliran kandungan Jepun tanpa henti melalui tajuk linear dan video atas permintaan (VOD) yang tersedia daripada saluran animasi Jepun KC Global Media, Animax, dan saluran hiburan Jepun, GEM. Animax dan GEM akan tersedia melalui platform servis langganan premium TontonUp, dengan harga bermula serendah dari RM7 sahaja sebulan.



Pengasas Bersama, Presiden, dan Ketua Pegawai Eksekutif KC Global Media, George Chien berkata, "Kami teruja untuk menyediakan lebih banyak animasi Jepun premium dan hiburan Jepun popular yang boleh diakses kepada warga Malaysia. Kerjasama kami dengan Media Prima meningkatkan visi bersama kami dalam menghiburkan khalayak penonton yang lebih luas melalui penawaran pelbagai kandungan kami yang terkini dan dibawa secara langsung dari negara Jepun."


Sebagai perintis untuk kandungan animasi Jepun di Asia, dan pengkalan kepada tajuk-tajuk animasi terbesar, Animax menawarkan program premium dan siar serentak daripada genre popular seperti aksi, percintaan, seram, ghaib, cereka sains, komedi dan kisah kehidupan harian.


Peminat animasi Jepun boleh menantikan tajuk ekspres, disiarkan pada hari yang sama dengan Jepun, yang menampilkan musim ke-2 Mobile Suit Gundam the Witch dari Mercury (Calon untuk Anime of the Year, Anime Trending Awards 2023); musim 1 drama sukan popular, Haikyu!! (Calon untuk Best Anime Series, IGN Award 2016), drama romantik, Horimiya (Pemenang Best in Character Design, Anime Trending Awards 2022), pengembaraan, fantasi, Re: ZERO -Starting Life in Another World- DIRECTOR'S CUT (Pemenang Best in Voice Cast, Anime Trending Awards 2022), aksi fantasi, Yashahime: Half Demon Princess (Calon untuk Best Character Design, Anime Awards 2021), komedi romantik, Kubo Won't Let Me Be Invisible (Calon untuk Next Manga Awards 2020), ghaib, misteri, Musim 2 In/Spectre (Calon untuk Best Couple and Best Ending, Anime Awards 2021), di antara lain-

lain.


Sementara itu, menerusi GEM penonton berpeluang menonton drama Jepun dan rancangan aneka ragam termasuk kehidupan, drama sukan, 10 count to the Future yang dibintangi pelakon ikonik Takuya Kimura sebagai peninju berbakat yang kembali ke alma mater dia untuk melatih kelab tinjunya; drama romantis, NICE FLIGHT! , yang membawa penonton dibelakang tabir operasi di lapangan terbang; filem ngeri misteri, Dear My Loneliness and Darkness, dimana ahli-ahli majlis perjumpaan sekolah menengah mula mati satu demi satu; drama aksi, AVALANCHE yang menampilkan kumpulan penjahat misteri, dan banyak lagi!


Pencinta makanan boleh menantikan hidangan lazat dalam musim 2 aneka ragam makanan, Moco's Travel Kitchen, di mana jurumasak selebriti Jepun, Mocomichi Hayami, memandu kereta dapurnya yang direka sendiri ke kawasan luar bandar untuk mencipta resipi asli daripada bahan-bahan segar. Untuk kandungan aneka ragam Jepun yang lebih ringan, para peminat boleh menonton musim ke-4 siri realiti yang telah memenangi anugerah, Can I Follow You Home? yang mengambil ringkasan unik ke dalam kehidupan rakyat Jepun setiap hari.


Semua kandungan daripada Animax dan GEM akan distrim dalam audio asal Jepun dan disertakan dengan sarikata Bahasa Melayu.



bottom of page