Kembara Magis Pak Pandir Mencari Labu Dalam Teater Muzikal Kanak-Kanak : Pak Pandir Dan Labu Ajaib
top of page
  • Writer's pictureMYB

Kembara Magis Pak Pandir Mencari Labu Dalam Teater Muzikal Kanak-Kanak : Pak Pandir Dan Labu Ajaib

JN Studio & Entertaiment dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni & Budaya (MOTAC) bakal menganjurkan sebuah persembahan teater muzikal kanak-kanak berjudul 'Pak Pandir Dan Labu Ajaib' bermula dari 13 hingga 15 Oktober 2023 bertempat di Panggung Sari, Istana Budaya Kuala Lumpur.


Aminah Rhapor dan Amar Reza Zainal Abidin (tengah) bersama barisan pelakon Teater Muzikal Kanak-Kanak : Pak Pandir Dan Labu Ajaib

"Teater Muzikal Kanak-Kanak : Pak Pandir Dan Labu Ajaib" ini merupakan ideal asal pelakon serta penerbit Janna Nick, bakal diarahkan oleh Aminah Rhapor yang sebelum ini mengarah naskah teater kanak-kanak popular 'Siti Di Alam Fantasi', bersama Amar Reza Zainal Abidin yang juga merupakan penulis skrip untuk naskah ini disamping oleh barisan pelakon popular tanah air yang bakal menerajui teater ini seperti Bell Ngasri, Janna Nick, Puteri Sarah, Norreen Iman, Aya Amiruddin dan Naque Ariffin.


Teater ini mengangkat warisan seni budaya dalam hikayat rakyat iaitu kisah Pak Pandir melalui kegiatan persembahan pentas sekaligus memperkenalkan dan mengetengahkan karya hikayat ke dalam lapangan arus perdana.


Teater ini juga mengangkat tema nilai dan mesej yang ingin disampaikan dalam kisah Pak Pandir dalam pengembaraannya yang mempunyai pelbagai cabaran dan halangan serta perjuangan beliau dalam memberi pengajaran tentang pengorbanan, adab, tatasusila serta nilai murni.


Kembara magis Pak Pandir Dan Labu Ajaib bakal dijayakan barisan pelakon hebat tanah air seperti Bell Ngasri, Janna Nick, Puteri Sarah, Norreen Iman, Aya Amiruddin dan Naque Ariffin

Teater ini turut mengangkat seni, sastera, budaya dan pendidikan sebagai medium perhubungan antara penggiat dengan penghayat(masyarakat) terutamanya kanak-kanak melalui tema yang diangkat di dalam penceritaan iaitu karya hikayat Melayu, jelas membuktikan terhadap keindahan bahasa Melayu dengan penemuan pelbagai elemen-elemen kekaguman dan variasi keunikan sesebuah naskhah.


“Teater Muzikal Kanak- Kanak :Pak Pandir Dan Labu Ajaib", merupakan sebuah muzikal berkisarkan pengembaraan Pak Pandir mencari labu untuk isterinya Mak Andeh. Disepanjang pengembaraan tersebut, Pak Pandir telah bertemu dengan Labu-labu Ajaib. Malangnya, Ratu Sukma telah menghidu manfaat yang dimiliki oleh Labu-labu Ajaib lantas cuba merampas mereka dari Pak Pandir.


Medium penceritaan yang seronok melalui dialog jenaka, nyanyi dan tarian dalam naskah ini merupakan pendekatan kepada kanak-kanak untuk memahami gabungan hikayat melayu lama dengan lebih mudah. Penceritaan yang ringan membawa mesej dan nilai murni yang berat.



Berjayakah Ratu Sukma mendapatkan labu-labu Ajaib? Saksikan Teater Muzikal Kanak Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib pada 13,14,15 Oktober 2023 di Istana Budaya. Tiket-tiket untuk menyaksikan persembahan Teater Muzikal Kanak- Kanak :Pak Pandir Dan Labu Ajaib berharga diantara RM50 hingga RM250 kini telahpun mula dijual dan boleh didapati di laman sesawang ticket2u.com.my



bottom of page