top of page

Kisah Cinta Terlarang Dan Rahsia Kekeluargaan Dalam ‘Kerana Seorang Lelaki’

  • Writer: MYB
    MYB
  • 6 Ogo 2025
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Astro sekali lagi menghangatkan dunia drama tempatan dengan naskhah penuh konflik dan emosi bertajuk ‘Kerana Seorang Lelaki’, yang bakal menghiasi slot popular Tiara di Astro Prima (saluran 105) bermula 11 Ogos 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang.


Drama ini menampilkan gandingan semula pelakon kegemaran ramai, Harissa Adlynn dan Daniel Fong, yang sebelum ini mencuri perhatian dalam drama Beautiful Love Revenge. Kali ini, mereka terjerat dalam kisah cinta tragis yang dibayangi rahsia silam seorang lelaki – Richard Wong (lakonan Steve Yap) – tokoh korporat yang meninggal dunia secara mengejut, meninggalkan dua keluarga yang tidak pernah mengenali antara satu sama lain.


Kisah Cinta Terlarang Dan Rahsia Kekeluargaan Dalam ‘Kerana Seorang Lelaki’

Lebih menarik, drama ini menandakan kemunculan sulung Dr Soo Wincci sebagai antagonis utama dalam slot Tiara, bergandingan dengan Marissa Yasmin sebagai dua wanita dari latar kehidupan berbeza – Madame Clarissa yang berstatus tinggi dan Puan Linda yang sederhana – namun terikat dengan cinta kepada lelaki yang sama.


Disutradarai oleh Michael Ang dan diterbitkan oleh Darkwave Pictures, ‘Kerana Seorang Lelaki’ bukan sekadar drama konflik keluarga biasa. Ia menyentuh isu-isu realiti seperti jurang sosial, agama, nasab, ketamakan dan perjuangan wanita dalam dunia yang sering meminggirkan mereka.


Menurut Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Melayu Astro, “Drama ini menggugat naluri tentang cinta yang tersasar, warisan yang dipertikai dan dua keluarga yang berperang kerana rahsia silam seorang lelaki. Ia bukan sahaja menghiburkan tetapi turut mengajak penonton berfikir dan merasa.”


Antara pelakon lain yang turut membintangi termasuk Arena Wan, Kahoe, Aiman Ameer dan Nabil Aqil, melengkapkan barisan generasi baharu dan berpengalaman yang bakal menghidupkan emosi mendalam dalam drama ini.


Penonton boleh menonton ‘Kerana Seorang Lelaki’ secara On Demand di Astro GO dan sooka. Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan, atau tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan Astro Fibre 500Mbps dan Pek Entertainment pada harga RM139.99/sebulan.



Komen


bottom of page