top of page

Konsert Cinta Rasul Satukan Hijjaz, UNIC & Rabbani Di Terengganu

  • Writer: MYB
    MYB
  • 57 minit lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR — Peminat nasyid di Terengganu bakal disajikan dengan sebuah malam penuh keinsafan dan kerohanian menerusi 'Konsert Cinta Rasul' yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2025 di Stadium Tertutup Gong Badak. Penganjuran oleh 10 Pro Event Management ini bakal menampilkan gabungan tiga nama besar dalam industri nasyid tanah air: Hijjaz, UNIC, dan Rabbani.


Konsert Cinta Rasul Satukan Hijjaz, UNIC & Rabbani Di Terengganu

Konsert ini menawarkan pengalaman istimewa apabila tiga generasi nasyid bersatu di satu pentas. Kumpulan legenda Hijjaz akan membawa penonton mengimbau kembali lagu-lagu yang menyentuh jiwa dan menanam rasa cinta kepada Rasulullah SAW.


Sementara itu, UNIC, yang dikenali dengan pendekatan kontemporari dan mesej dakwah yang segar, turut memeriahkan acara sebagai artis jemputan. Paling dinanti-nantikan adalah penampilan khas daripada Rabbani, yang dijangka menyatukan peminat nasyid dari pelbagai generasi.


Konsert Cinta Rasul bukan sekadar acara hiburan, tetapi turut menggalas misi kemanusiaan. Sebahagian daripada hasil jualan tiket akan disalurkan kepada Tabung Darul Iman untuk membantu pesakit kronik di sekitar Terengganu.


Menurut Pengarah Urusan 10 Pro Event Management, Tuan Kamal, konsert ini membuktikan bahawa muzik dan komuniti boleh menjadi jambatan untuk melakukan kebaikan yang lebih besar.


“Kami percaya muzik dan komuniti boleh menjadi jambatan untuk kebaikan yang lebih besar,” ujar Tuan Kamal.

Konsert Cinta Rasul Satukan Hijjaz, UNIC & Rabbani Di Terengganu

Selain itu, acara ini turut dimeriahkan dengan penganjuran Letups Fest Food Festival, sebuah pesta makanan yang menghimpunkan pelbagai vendor tempatan, sajian viral, dan hidangan tradisional.


Festival makanan ini akan menyajikan pelbagai pilihan dari sate bakar hingga minuman fusion, menawarkan syurga buat para pencinta makanan. Sepanjang festival, cabutan bertuah juga akan diadakan dengan pelbagai hadiah menarik, termasuk sebuah kereta, motosikal, dan goldbar eksklusif.


Konsert Cinta Rasul dijangka menjadi titik pertemuan antara generasi dan jiwa-jiwa yang mencari ketenangan, menyemai rasa cinta kepada Rasulullah SAW serta menghidupkan semula zaman kegemilangan nasyid.


Tiket Konsert Cinta Rasul boleh didapati melalui platform rasmi jualan di laman sesawang ticket2u.com. Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 10 Pro Event Management melalui emel info@10proevent.my.



bottom of page