Konsert Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL Tawan Lebih 3,000 Pendengar Di Kuantan
top of page
  • Writer's pictureMYB

Konsert Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL Tawan Lebih 3,000 Pendengar Di Kuantan

Persembahan pembukaan daripada pemenang pertandingan Busker 90 Suria, kumpulan ‘The Bujangs’ telah mencuri tumpuan lebih 3,000 pengunjung Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL yang diadakan di Kuantan City Mall, Pahang baru-baru ini.


Bukan itu sahaja, persembahan dari barisan artis popular seperti Ella, Hatta Junction, Liza Hanim, Amelina, Ara Johari, Yonnyboii, Insomniacks, Amir Masdi, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan dan Aiman Zaidi turut mendapat tepukan gemuruh daripada para peminat yang berada di lokasi.



Menurut pengurus besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, beliau meluahkan rasa gembira atas sambutan luar biasa daripada warga kuantan buat Jelajah 90 Suria Memang Cantik KAK ELL sekaligus mengharapkan sambutan yang hebat berterusan di lokasi jelajah seterusnya di Aman Central, Alor Setar Kedah pada 13 Ogos (Sabtu) ini.


“Alhamdulillah, pembukaan tirai jelajah bagi lokasi pertama ini mendapat sambutan diluar jangkaan. Mewakili pihak Suria FM, kami amat berterima kasih kepada semua pengunjung dan peminat setia Suria di pantai timur yang sudi hadir memberikan sokongan. Sambutan hebat ini bukan sahaja dapat dilihat daripada jumlah pengunjung yang hadir, bahkan penonton di platform digital Suria FM juga disambut baik dengan jumlah tontonan hampir mencecah 100,000 penonton”, ujar DJ Lin.


“Untuk lokasi seterusnya di Aman Central, Alor Setar Kedah pada 13 Ogos ini (sabtu) tentunya kami berharap dapat menghiburkan peminat dan pendengar di utara tanah air dengan menampilkan barisan penyampai Suria serta artis popular seperti Poey Sting, Rahmad Mega, Alim Kris, Safura ,Haqiem Rusli, Afieq Shazwan, Tajul , Dolla, Yonnyboii, Wawa Shazwa, Ahmad Syafiq, Farra Ahmad, Hakim Khan, Syeera Aziz dan Aiman Zaidi” katanya.



Pengunjung juga berpeluang menangi hadiah cabutan bertuah seperti Motosikal Modenas MR 3, Basikal lipat Dahon Dream 6, Set barangan elektrik juga Pakej percutian 2 Hari 1 Malam tajaan Majoriti (Refleksi Tanpa Prejudis) dan langganan Majoriti selama setahun! Caranya mudah sahaja dengan hanya membeli ‘Barangan Eksklusif Suria’ yang dijual di Booth ‘KEDAI SURIA’ sepanjang konsert berlangsung dengan minima pembelian sebanyak RM 50.


Juga jangan lepaskan peluang untuk beramah mesra dan memenangi wang tunai yang lumayan dengan menyertai cabutan bertuah bersama KAK ELL! Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.


bottom of page