top of page

Konsert 'Legends' Gegar Melaka, Sweet Charity & Kopratasa Bergabung Demi Artis Veteran!

  • Writer: MYB
    MYB
  • 23 Sep
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR — Malam yang dijanjikan penuh magis dan nostalgia bakal menggegarkan Melaka apabila dua kumpulan legenda tanah air, Sweet Charity dan Kopratasa, kembali bersatu di pentas dalam Majlis Makan Malam Amal “Legends” anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (KARYAWAN).


Konsert 'Legends' Gegar Melaka, Sweet Charity & Kopratasa Bergabung Demi Artis Veteran!
Majlis Makan Malam Amal “Legends” pada 1 November 2025 di Melaka International Convention Centre (MITC) akan menampilkan dua legenda muzik hebat tanah air, Sweet Charity dan Kopratasa diatas satu pentas.

Bertempat di Melaka International Convention Centre (MITC) dari jam 8 malam hingga 11 malam, acara ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi juga satu usaha murni untuk membantu artis veteran yang uzur dan memerlukan sokongan.


Selain Sweet Charity dan Kopratasa, acara ini turut akan menampilkan barisan legenda muzik tanah air termasuk Sweet Charity, Kopratasa, Dato’ Khatijah Ibrahim, Ito Blues Gang, Datuk Andre Goh, S. Mariam, dan Helen Vellu.



Menurut Pengerusi KARYAWAN, Dato’ Khatijah Ibrahim, tujuan utama majlis ini adalah untuk menyalurkan bantuan terus kepada artis-artis veteran yang uzur dan memerlukan sokongan.


“Hasil sumbangan ini akan memastikan KARYAWAN terus berperanan menjaga kebajikan lebih 7,000 artis tanah air, khususnya mereka yang memerlukan,” jelasnya.

Bagi menjayakan misi kebajikan ini, KARYAWAN menawarkan pelbagai pakej tajaan meja, bermula dari meja biasa pada harga RM3,000 sehingga pakej Berlian dengan sumbangan RM100,000. Penaja meja Platinum dan Berlian juga akan mendapat ruang pameran eksklusif di lobi MITC untuk mempromosikan produk mereka.



Ini merupakan peluang keemasan bagi peminat muzik untuk menyaksikan persembahan hebat daripada ikon-ikon muzik sambil turut serta dalam usaha murni membantu pejuang seni negara.


Majlis ini dijadualkan berlangsung dari jam 8.00 malam hingga 11.00 malam. Untuk tempahan meja atau penajaan, orang ramai boleh menghubungi Dato’ Khatijah Ibrahim di talian 016-233 8888 atau Dato’ Freddie Fernandez di talian 012-207 1400.



Komen


bottom of page