top of page

KRUNIVERSE & Unity Trust Berhad Perkasa Industri Hospitaliti Bernilai RM 50 Juta di Lembah Klang

  • Writer: MYB
    MYB
  • 12 Ogo
  • 2 min membaca

PUTRAJAYA – Dalam satu langkah strategik yang dijangka mengubah landskap industri hospitaliti dan pelancongan bertema hiburan di Malaysia, Kruniverse Sdn Bhd, ("Kruniverse") cabang hospitaliti dan gaya hidup KRU Group, telah mengumumkan kerjasama rasmi dengan Unity Trust Berhad bagi melancarkan pelan pengembangan bernilai RM50 juta di kawasan Shah Alam dan Klang.


KRUNIVERSE & Unity Trust Berhad Perkasa Industri Hospitaliti Bernilai RM 50 Juta di Lembah Klang
Kruniverse bakal menjadi peneraju serantau dalam sektor pelancongan bertema hiburan dan hospitaliti yang didorong oleh teknologi.

Kerjasama ini bertujuan untuk membangunkan beberapa projek utama yang akan memanfaatkan teknologi berasaskan AI, harta intelek KRU yang terkenal, serta sokongan daripada pihak berkuasa tempatan dan komuniti setempat.


Presiden Lembaga Pengarah Kruniverse, Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj berkata, “Sebagai cabang baharu KRU Group, Kruniverse berada pada masa dan tempat yang tepat untuk memperluaskan penawaran hospitaliti dan gaya hidup kami dengan memanfaatkan kekuatan jenama dan teknologi KRU.”


Dana RM50 juta yang dirancang akan dikumpul dalam tempoh tiga tahun melalui mekanisme pembiayaan inovatif. Bagi memastikan tadbir urus yang kukuh dan telus, Kruniverse telah menandatangani perjanjian kerjasama dengan Unity Trust Berhad, sebuah entiti amanah yang berpengalaman dalam pengurusan korporat dan perlindungan pelabur.


KRUNIVERSE & Unity Trust Berhad Perkasa Industri Hospitaliti Bernilai RM 50 Juta di Lembah Klang
KIri-Kanan : CEO KRU Corp, Dato’ Norman Abdul Halim bertukar plak bersama CEO Unity Trust Berhad, Syed Sadiq Obaidi Albar Syed Hamid dan disaksikan oleh Presiden Lembaga Pengarah Kruniverse, Y.M. Tengku Dato’ Dr. Hishammuddin Zaizi bin Y.A.M. Tengku Bendahara Azman Shah Alhaj simbolik kerjasama strategik dalam penubuhan Kruniverse

CEO KRU Corp, Dato’ Norman Abdul Halim menegaskan, “Kerjasama ini bukan sahaja memperkukuh operasi kami, tetapi juga membina ekosistem mampan yang memberi manfaat kepada perniagaan dan komuniti tempatan.”


Unity Trust Berhad akan memainkan peranan penting sebagai rakan tadbir urus bebas, memastikan pematuhan terhadap tanggungjawab fidusiari dan kerangka kawal selia sepanjang transformasi Kruniverse.


Menurut CEO Unity Trust Berhad, Syed Sadiq Obaidi Albar Syed Hamid, “Kolaborasi ini menyokong matlamat Kruniverse untuk berkembang daripada perniagaan milik keluarga kepada organisasi profesional yang bersedia untuk penyenaraian awam.”


Projek pertama hasil kerjasama ini dijadualkan dilancarkan pada November 2025, menandakan permulaan fasa baharu dalam perjalanan pengembangan Kruniverse.



Komen


bottom of page