top of page
  • Writer's pictureMYB

KSL Esplanade Hotel Kini Beroperasi Secara Rasmi Di Klang

KSL Holdings Berhad mengumumkan sayap perniagaan baharu mereka, KSL Esplanade Hotel, dalam satu majlis pelancaran operasi hotel tersebut baru-baru ini. Dengan pelancaran tersebut KSL Esplanade Hotel kini beroperasi secara rasmi.


KSL Esplanade Hotel

KSL Esplanade Hotel terletak di lokasi yang strategik dikelilingi oleh kehijauan yang subur, dengan beberapa pemandangan bandar yang indah serta dilenkapi dengan sebuah bar yang berada diatas bumbung tertinggi di Klang, Selangor.


Hotel ini mengetengahkan tema moden dan reka bentuk kontemporari serta kehidupan mampan untuk memberikan pengalaman hospitaliti yang segar dan dinamik kepada

pelanggan mereka.


KSL Esplanade Hotel dibangunkan dengan tujuan untuk meningkatkan daya sektor pelancongan melalui pelaburan yang inovatif dan mampan dalam infrastruktur hospitaliti serba moden dimana fokus diberikan kepada pelanggan-pelanggan mereka yang terdiri dari pengembara perniagaan, tetamu yang datang untuk beriadah serta penduduk tempatan dengan pilihan superlatif kulinari serta pengalaman menikmati perkhidmatan riadah hotel seperti bar, kafe, pusat kecergasan, San Onsen Spa serta pelbagai ruang acara serba elegan.


Majlis perasmanian KSL Esplanade Hotel yang berlansung baru-baru ini di Klang


KSL Esplanade Hotel menawarkan 403 bilik sederhana kontemporari dan moden termasuk bilik tamu dan suite, 214 bilik Superior, 134 bilik Deluxe, 20 bilik Keluarga, 29 bilik Premier, 4 bilik Suite Eksekutif dengan 2 Bilik Tidur, 1 bilik Suite Junior dan 1 bilik Suite Deluxe untuk tetamu menginap dengan privasi serta penuh dengan keselesaan.


KSL Esplanade Hotel turut menawarkan beberapa ruang acara pelbagai aspek yang elegan dan menarik, setiap satu dikonfigurasikan secara dinamik untuk menjadikan setiap acara yang dilansungkan bermakna dan tidak dapat dilupakan. Selain dari itu terdapat 9 buah bilik mesyuarat tersedia di Aras 2 dan Aras 4 yang boleh memuatkan sehingga 100 orang setiap bilik pada satu-satu masa.


Dengan kemudahan dewan utama (ballroom) antara yang terbesar di Klang yang mana boleh memuatkan bilangan tetamu dengan kapasiti sehingga 2,000 orang, KSL Esplanade Hotel benar-benar sebuah lokasi pilihan yang ideal buat mereka yang merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan, persidangan, gala besar serta majlis koktel. Ini ditambah lagi dengan pasukan banquet mereka yang sememangnya pakar dan profesional yang disediakan bagi membantu melancarkan setiap majlis yang dianjurkan disini.


GALERI

Menjadi salah satu kebanggaan hotel ini, Sora Skybar yang terletak di tingkat 23, menawarkan pemandangan bandar Klang penuh panorama . Selain itu pengunjung boleh menikmati kopi di restoran Birch sepanjang hari, yang memfokuskan kepada destinasi kulinari serta konsep gastronomi yang luas dan menampilkan pilihan kontemporari masakan antarabangsa dan Asia.


Bagi kaki spa, KSL Esplanade Hotel turut menawarkan rawatan spa di San Onsen yang tenang lagi mendamaikan. Kaedah rawatan tersebut dipercayai dapat mengurangkan tekanan, meningkatkan peredaran darah dan meningkatkan keserian kulit. Ruang dan susun atur spa ini mengikut tradisi sebenar budaya Onsen Jepun dengan 4 kolam peribadi tradisional dan 3 kolam besar untuk lelaki dan perempuan, San Onsen menawarkan pengalaman spa yang menyegarkan kepada pelanggan.


KSL Esplanade Hotel turut melengkapkan premis hotel ini dengan pelbagai kemudahan di pusat kecergasan yang luas, gim ini menempatkan kemudahan peralatan kecergasan premium termasuk treadmill, basikal senaman dan stesen pemberat dengan koleksi mesin pemberat. Selain itu, juga terdapat sebuah kolam mandi yang besar dan menarik yang dilengkapi dengan pelbagai ciri permainan air terkini.


Untuk merasai pengalaman unik di KSL Esplanade Hotel tempahan boleh dibuat melalui e-mel di reservations@kslkl.my, atau menghubungi talian +60330002288 atau melayari laman sesawang https://www.kslesplanadehotel.com/

0 comments

Comments


bottom of page