top of page
  • Writer's pictureMYB

Kumpulan SLAM Bakal Kembali Dengan Konsert Ogos Ini

Kumpulan SLAM tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum. Lagu Nurkasih, Gerimis Mengundang, Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Rindiani dan banyak lagi merupakan antara lagu-lagu malar segar dan hit yang pernah menjulang kumpulan SLAM ke kemuncak populariti hingga ke saat ini.


Kumpulan SLAM yang dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man

Tidak perlu dipertikaikan rangakaian lagu-lagu SLAM sentiasa menarik minat peminat mereka. Kehebatan kumpulan SLAM serta aura mereka sangat kuat sehingga setiap kali kemunculan mereka sentiasa mendapat sambutan hebat dari peminat peminat setia mereka.


Kejayaan demi kejayaan yang diraih kumpulan SLAM selama ini pastinya dibelakang mereka berdiri jutaan peminat yang setia menyokong dari mula pembabitan mereka di dalam industri hingga ke hari ini.


Begitu besar juga harapan Kumpulan SLAM yang dianggotai Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man yang sentiasa berharap peminat -peminat mereka terus memberi sokongan padu kepada SLAM.


Jesteru sebagai menghargai sokongan tersebut, kini sekali lagi kumpulan SLAM bakal menjayakan sebuah konsert yang berprestij yang dijadualkan berlansung pada 6 Ogos 2023 nanti di ZEPP kuala Lumpur.



Konsert SLAM Nurkasih yang akan bermula pada jam 8.30 malam itu bakal menyajikan penonton dengan lebih 18 hingga 20 lagu lagu hits mereka yang pasti menggamit kenangan indah buat peminat.


Konsert ini dibawakan oleh AVG & WMD selaku penganjur utama , manakala Belbis selaku rakan produksi bersama Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik bagi konsert tersebut.

Harga Tiket

Jenis Tempat Duduk

RM198

Festival - Berdiri

RM298

Cat 2 - Kerusi

RM458

​VIP – kerusi & akan mendapat goodie bag serta sesi Meet & Greet bersama SLAM

​RM5000

​Royal Box - Hidangan mocktail , goodie bag serta sesi Meet & Greet bersama SLAM


Apa yang menarik buat Konsert SLAM Nurkasih 4 kotak Royal box telahpun terjual semenjak hari pertama tiket dibuka untuk jualan pada 5 Mei 2023 yang lalu. Begitu juga dengan tiket tiket yang lain juga mula mendapat sambutan hangat.


Orang ramai yang ingin hadir menonton Konsert SLAM Nurkasih boleh mendapatkan tiket-tiket dengan melayari laman sesawang https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/ atau menghubungi Illaso Ticket ditalian 03-21706333


Kommentarer


bottom of page