Kumpulan UBI Dinobat Juara Muzikal Lawak Superstar Musim Ketiga
top of page
  • Writer's pictureMYB

Kumpulan UBI Dinobat Juara Muzikal Lawak Superstar Musim Ketiga

Seperti yang dijangkakan Kumpulan UBI telah diumumkan sebagai juara program realiti Muzikal Lawak Superstar musim ketiga dalam pertandingan akhir yang diadakan semalam.


Kumpulan UBI dinobatkan sebagai juara Muzikal Lawak Superstar musim ketiga membawa pulang hadiah kemenangan berjumlah RM150,000

Dengan kemenangan tersebut, kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad Bocey, Sharif Zero dan Tiktoker Popular, Namie berjaya membawa pulang hadiah utama yang berupa wang tunai berjumlah RM150,000 beserta trofi sumbangan Astro.


Banyak pihak telah menjangkakan kemenangan kumpulan UBI dek kerana mereka telah memberikan persembahan terbaik dan konsisten sejak minggu pertama sehingga ke peringkat akhir mereka bersaing di pentas Muzikal Lawak Superstar.


Kumpulan UBI turut menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada penyokong mereka semalam sewaktu majlis sidang media yang diadakan selepas dinobatkan sebagai juara pertandingan itu.


Sementara itu, tempat kedua pula telah dimenangi oleh Kumpulan Cili yang dianggotai oleh Ali Puteh, Achey dan Shiha Zikir dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75,000 berserta trofi. Shiha Zikir turut mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai Superstar Paling Gempak Muzikal Lawak Superstar untuk musim ini.


Manakala Kumpulan Bahroy yang dianggotai oleh Niezam Jentik-Jentik, Shashic Iewan dan Roy Azman pula menduduki tempat ketiga, turut membawa pulang wang tunai RM50,000 dan trofi. Kumpulan OOD yang dianggotai oleh Man Raja Lawak, Chiwan dan Zahid dalam pada itu terpaksa berpuas hati berada di tempat keempat dengan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM 25,000 dan trofi.


Galeri


Persembahan akhir Muzikal Lawak Superstar musim ketiga dibahagi kepada 2 bahagian persembahan dengan tema berbeza iaitu ‘benua didalam dunia’ sebagai tema persembahan pertama manakala tema ‘lokasi bebas’ untuk persembahan kedua.

Program akhir Muzikal Lawak Superstar musim ketiga dihoskan oleh Sharnaz Ahmad dan Elly Mazlein, sementara Dato’ Awie, Siti Saleha serta Najip Ali mengisi kerusi barisan juri.

Muzikal Lawak Superstar musim ketiga telah bersiaran dari Dewan Sri Putra Bukit Jalil, dan ditayangkan secara eksklusif menerusi Astro Warna (saluran 107).


bottom of page