Kupulan TIRO Impi Rakam Lagu Dan Program Sitkom Sendiri
top of page
  • Writer's pictureMYB

Kupulan TIRO Impi Rakam Lagu Dan Program Sitkom Sendiri

Juara program Maharaja Lawak Mega 2021, kumpulan Tiro yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful@Melati dan Danial Zaini, mengimpikan sebuah program sitkom tersendiri sebagai salah satu usaha untuk memperkukuhkan jenama Tiro di dalam industri hiburan menjurus kepada persembahan komedi .


Kumpulan TIRO
Kumpulan TIRO : Sharif dan Danial Zaini

Memasang impian untuk berada sebaris bersama kumpulan pelawak terkenal Senario, Tiro kini sedang berusaha dan merancang untuk memulakan program sitkom seumpama itu untuk menghiburkan peminat-peminat menerusi lawak jenaka mereka.


“Kami memang ada beberapa perancangan terutamanya untuk mempunyai sitkom sendiri bagi menghiburkan peminat lawak di negara ini.


“Kita pernah mempunyai beberapa sitkom yang sangat menarik sebelum ini dan kami sepakat untuk menghidupkan kembali rancangan seperti itu,” kata Sharif.


Dalam pada itu, Sharif berkata sitkom tersebut juga tidak terhad kepada kemunculan mereka sahaja, sebaliknya Tiro akan mengundang rakan-rakan pelawak yang lain untuk pembabitan bersama.


Danial turut menyatakan persetujuannya dan gembira kerana Tiro terus mendapat sokongan peminat walaupun sebelum ini Sharif dan Melati dikenali sebagai anggota kumpulan Zero.


Menurut Danial, menerusi program sitcom, lebih banyak idea dan karya Tiro akan dapat dikongsi bersama dan sekali gus menjadi hiburan sekeluarga.


Tambahnya, Tiro bukan sekadar menyasarkan untuk mempunyai siktom sendiri, malah ada juga perancangan untuk rakam lagu.


“Idea rakam lagu ini tercetus bila kami buat muzikal komedi, jadi kami juga teringat momen lagu-lagu etnik yang pernah dirakam oleh senior kami seperti Senario.


“Jadi kami rancang untuk merakamkan lagu dengan konsep sama dengan elemen joget untuk peminat kami. Kalau Tiro nak nyanyi lagu balada, macam tak kena. Sebab itulah kami kena nyanyi lagu rancak sikit,” katanya.


Kemungkinan Tiro akan menampilkan seorang penyanyi untuk berkolaborasi dengan mereka dalam lagu tersebut.


Meskipun sekarang ini Sharif dan Melati menganggotai kumpulan Tiro bersama Danial, namun dua beradik itu tidak pernah melupakan kumpulan asal mereka iaitu Zero yang turut dianggotai oleh Atu.


“Zero masih ada dan tetap akan bersama. Zero dan Tiro akan berjalan seiring. Sebab masing-masing ada kekuatan.


“Dalam Tiro kami memang mahu Danial memainkan peranan utama dengan gandingan saya dan Melati serta kami memilih lawak meniru gaya dan suara,” katanya.


Bagi Danial pula, tidak ada isu ganti sesiapa tetapi masing-masing ada cara dan pendekatan tersendiri. Malah katanya, tidak mustahil untuk Tiro dan Zero bergandingan dalam satu persembahan.


Kumpulan TIRO
Kumpulan TIRO meraikan penyokong mereka dalam sebuah majlis makan malam yang diadakan di Restoran D'Empangan Udang Galah, Putrajaya baru-baru ini.

Ketika ditanyakan tentang perancangan Sharif untuk mengerjakan ibadah umrah hasil hadiah kemenangan mereka sewaktu MLM2021, memaklumkan niat tersebut tetap akan tunaikan tetapi bergantung kepada situasi semasa.


"Niat tersebut, Insha Allah akan diteruskan walaupun sekarang ada isu kekangan perjalanan. Tapi saya ada buat back-up plan sekiranya perkara tersebut masih berlanjutan.


"Terbaru,saya akan berkerjasama dengan Nazrey (Kumpulan Raihan), untuk satu projek mengumpulkan dana sumbangan bagi membangunkan sebuah maahad tahfiz di Sabah", jelas Sharif.


Sharif juga turut memaklumkan kemajuan rancangan Melati yang dikhabarkan dalam proses untuk membeli kapal menangkap ikan untuk tujuan membantu komuniti nelayan di kampungnya yang terdiri dari anak-anak muda kampung yang tidak berpeluang keluar untuk berkerja dan memilih untuk bekerja di kampung.


"Buat masa ini, Melati masih dalam proses untuk mengenalpasti kapal-kapal tersebut. Alhamdulillah, dengan initiatif yang Melati ambil itu, dapat membantu ramai anak muda dikampung untuk menjadi nelayan berjaya," tambah Sharif.


Sementara itu, Danial memberitahu ada perancangan untuk membina rumah baru dan membawa ibunya untuk menunaikan ibadah haji.


"Perancangan tu memang dah ada. Saya tengah plan untuk buat rumah baru diatas tanah sendiri sebagai hadiah untuk ibu dan bawa ibu saya untuk mengerjakan haji sekali lagi. Harapan saya agar sekatan perjalanan ke Mekah diangkat agar impian dan hajat saya dapat dipenuhi", ujar Danial lanjut.


Terdahulu, Tiro meraikan lebih 70 orang penyokong kumpulan itu dalam satu majlis kesyukuran di Restoran Empangan Udang Galah di Putrajaya, baru-baru ini.

bottom of page