Lan Solo Buat Kelainan, Tampil Dengan Single Terbaru Dalam Bahasa Dusun
top of page
  • Writer's pictureMYB

Lan Solo Buat Kelainan, Tampil Dengan Single Terbaru Dalam Bahasa Dusun

Penyanyi Mohd Razlan bin Mohamed Yusof atau lebih dikenali sebagai Lan Solo kini telah muncul dengan single terbaharu berjudul '5 Kaki 4 Inci' yang mana liriknya ditulis dalam dialek bahasa Dusun, Sabah.


Lan Solo
Single terbaharu dari Lan Solo berjudul '5 Kaki 4 Inci'.

Lebih membanggakan lagi apabila penampilan oleh Lan Solo kali ini menjadikan beliau sebagai penyanyi Semenanjung pertama yang menyanyikan lagu berkonsepkan Sabahan Style (Borneo). Beliau memberanikan diri untuk membuat pembaharuan dalam bidang nyanyiannya dengan kemunculan single terbaharunya itu.

Menurut Lan, dek kerana sering berulang-alik antara Kuala Lumpur dan Sabah atas urusan perniagaan telah memberikan idea kepada penyanyi Lan Solo untuk menghasilkan single terbaharu berjudul ‘5 Kaki 4 Inci’.


Lagu ' 5 Kaki 4 Inci' merupakan lagu ciptaan Velvet Aduk Lawrence, sementra liriknya adalah gandingan Marsha Milan dan Velvet Aduk Lawrence. Lagu ini dihasilkan sebagai tanda terima kasih dan penghargaan Lan Solo kepada semua para peminatnya terutama sekali kepada warga Borneo yang menyokong perniagaan Solo Borneo Mart yang kini sudah mempunyai dua cawangan iaitu di Bukit Puchong dan di Ampang, Kuala Lumpur.


Justeru tidak hairanlah apabila istimewanya single ketiga selepas ‘Berpisah Tanpa Rela’ dan ‘Twist Abang Sayang ’ ini, adalah ‘5 Kaki 4 Inci’ menggunakan dialek Bahasa Melayu Sabah dan sedikit Bahasa Dusun Sabah.


Ini adalah bagi menjadikan lagu tersebut lebih dekat dengan penduduk negeri di bawah bayu itu dan juga bagi warga Borneo yang merantau di Semenanjung. Sekurang-kurangnya lagu ini dapat mengubat rasa rindu pada keluarga di Sabah.

Menurut Lan Solo sewaktu pelancaran single dan muzik video 5 Kaki 4 Inci di Red Box, Mid Valley baru-baru ini, pelancaran single ini juga merupakan sebagai langkah seterus beliau untuk cuba menembusi pasaran muzik Borneo.


Lan Solo
Lan Solo
“Selepas cover lagu Dusun Sabah Momuhobo, saya mendapat maklumbalas yang sangat positif sehingga mereka mahukan saya menghasilkan sebuah lagu baharu dengan mengunakan Bahasa Dusun Sabah. Jadi atas permintaan peminat itu mencetuskan saya idea untuk menghasilkan lagu ini. - LAN SOLO

“Maka dari situlah saya menghubungi penyanyi Velvet yang kini aktif menghasilkan lagu serta Marsha Milan untuk bersama-sama menulis liriknya.


“Besar harapan saya agar lagu ini dapat diterima bukan sahaja warga Borneo tetapi juga peminat di Semenanjung,” jelas Lan lanjut.

Lagu '5 Kaki 4 Inci' merupakan sebuah lagu bergenre poprock yang berkisarkan tentang seorang pemuda yang bekerja sebagai pembantu jurujual di pasar sekitar Kundasang telah jatuh cinta pandang pertama dengan seorang gadis cantik yang berada pasar tersebut.


Ketinggian gadis itu menjadi antara factor utama pemuda tersebut jatuh hati dan lantas mencuba untuk memikat hatinya.


TAMPILKAN RATU CANTIK SABAH DALAM VIDEO MUZIK

Untuk melengkapkan single ini, Lan juga telah menghasilkan sebuah video muzik yang menampilkan Ratu Cantik Sabah (Unduk Ngadau Sabah 2017), Kerinah Mah sebagai model utama.


Diarahkan oleh Dir. A, 95 peratus lokasi penggambaran video muzik ini dilakukan di lokasi pelancongan popular di Kundasang Sabah, sementara bakinya di Solo Borneo Mart, Bukit Puchong.


Justeru, sudah pastinya pemandangan yang dipaparkan di dalam video muzik ini sangat cantik dan semulajadi.



‘5 Kaki 4 Inci’ diedarkan oleh Life Records, kini telah tersedia di semua platform penstriman digital seperti Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer bermula pada 12 Januari 2022 lalu. Sementara video muziknya pula ditayangkan menerusi saluran YouTube Lan Solo juga bermula 12 Januari 2022 .

bottom of page