Legacy 30 Gegar Bukit Jalil – Siti Nurhaliza Raikan 3 Dekad Gemilang!
- MYB
- 30 Sep
- 2 min membaca
KUALA LUMPUR – Stadium Nasional Bukit Jalil bakal bergema dengan suara emas Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila beliau bakal menganjurkan konsert mega - "Legacy 30 Siti Nurhaliza", sempena meraikan 30 tahun perjalanan seni beliau dalam industri muzik tanah air dan antarabangsa.

Konsert yang dijadualkan berlangsung pada 10 Januari 2026 ini merupakan simbolik kepada dedikasi, pengorbanan dan pencapaian luar biasa Siti sepanjang tiga dekad bergelar anak seni. Dengan kapasiti stadium mencecah 60,000 penonton, acara ini dijangka menjadi antara konsert terbesar dalam sejarah hiburan Malaysia.
Menurut penganjur, SN Legacy Sdn. Bhd., pemilihan Stadium Nasional Bukit Jalil adalah strategi untuk mencipta rekod kehadiran baharu, mengatasi pencapaian Konsert Fantasia Tour 2004 yang pernah menarik 70,000 penonton. Mereka berjanji untuk memberikan pengalaman konsert yang selesa, eksklusif dan penuh emosi kepada para peminat.
"Legacy 30 bukan sekadar konsert, ia adalah lambang perjalanan seni saya yang penuh warna-warni. Saya mahu peminat merasai semula detik-detik indah bersama karya-karya saya yang telah menjadi sebahagian daripada hidup mereka," kata Siti Nurhaliza dalam kenyataan rasmi.

Menariknya, konsert ini juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2026, menjadikannya platform ideal untuk menarik pelancong muzik dari seluruh Asia dan dunia, sekaligus mempromosikan Malaysia sebagai destinasi hiburan dan budaya bertaraf antarabangsa.
Konsert ini dibawakan khas oleh Cuckoo dan ditaja utama oleh AFFIN Bank, dengan pelbagai kejutan dan tawaran eksklusif bakal diumumkan menjelang hari konsert.menjadi penanda aras dalam industri hiburan serantau.
Tiket eksklusif AFFIN akan mula dijual pada 1 hingga 3 Oktober 2025 khas untuk pemegang kad debit dan kredit AFFIN. Jualan umum bermula pada 3 Oktober jam 3 petang melalui laman rasmi www.ticket2u.com. Harga tiket ditawarkan pada kadar yang menarik, bermula dari serendah RM69 (Restricted View) hingga RM1,599 (Super VIP).
Kategori tiket lain termasuk Bronze (RM89), Gold (RM289), Platinum (RM359), Diamond (RM459), VIP (RM1,299), dan Super VIP (RM1,599). Kategori Super VIP menawarkan akses ke after party serta barangan eksklusif seperti tote bag dan poskad, manakala VIP menerima poskad eksklusif dan cenderahati khas.















Komen