• MYB

Malaysia Golden Global Awards 2022 Umum Senarai Pencalonan

Festival Filem Antarabangsa Malaysia (MIFFest) ke-5 dan Malaysia Golden Global Awards (MGGA) 2022 hari ini mengumumkan senarai pencalonan bagi MGGA 2022.


10 buah filem berjaya disenarai pendek sebagai Top 10 Films of 5th MGGA 2022 dari lebih 100 buah filem yang dihantar untuk pencalonan ke MGGA tahun ini. Filem-filem tersebut adalah 'Drowning In Holy Water' (Iran), 'Full Time' (Perancis), 'Hail, Driver!' (Malaysia), 'Memoryland' (Jerman, Vietnam), ' No Ground Beneath The Feet' (Bangladesh), 'Rehana' (Singapura, Bangladesh), 'The Silent Forest' (Taiwan), 'Two Friends' (India), 'Whether The Weather Is Fine' (Filipina, Singapura), dan 'White Building' (Perancis, Kemboja)


Penjurian dan penilaian untuk top 10 filem bagi MGGA edisi kali ini telah dilakukan oleh Christine Hakim (Pelakon Indonesia) sebagai Presiden Juri, Lav Diaz (Pembikin Filem Filipina), Sabrina Baracetti (Festival Presiden Udine Far East Film Festival), dan Ho Wi Ding (Pengarah Malaysia yang berpangkalan di Taiwan) dan Chong Keat Aun (Pengarah Malaysia).


Filem-filem yang berjaya tersenarai pada tahun ini akan dibahagikan kepada 3 kategori tayangan iaitu kategori Pawagam Dunia, Pawagam Asia dan Pawagam Malaysia.


10 Filem Terbaik Anugerah MGGA Edisi ke-5, 2022


Menurut Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia dan Malaysia Golden Global Awards, Joanne Goh, festival kali ini turut akan menyampaikan anugerah Pencapaian Seumur Hidup di majlis anugerah tahun ini kepada 2 penerima iaitu Kim Dong-Ho dan Hou Hsiao-Hsien.

Pengerusi Festival Filem Antarabangsa Malaysia dan Malaysia Golden Global Awards, Joanne Goh

"Kami sebenarnya bercadang untuk menyampaikan anugerah ini kepada pengarah Hou Hsiao-Hsien pada dua tahun yang lalu, malangnya kami terpaksa menangguhkan rancangan ini sebab pandemik."


"Mereka telah menghasilkan banyak karya yang terkenal kepada festival-festival dan seluruh industri filem. Encik Kim Dong-Ho ialah salah seorang pengasas Festival Busan International Film Festival dan Gangneung International Film Festival, beliau juga merupakan Presiden Kehormat Malaysia International Film Festival kita.


"Tanpa bimbingan beliau, saya mungkin tidak mempunyai semangat untuk menjalankan MIFFest dan MGGA sehingga hari ini." jelas Joanne lanjut.


MIFFest edisi ke-5 tahun ini akan dilancarkan dengan filem pembukaan ‘Edge of The World’, sebuah filem dari United States yang mengisahkan kisah Kapten James Brooke di Sarawak. Proses penggambaran filem ini telah dijalankan sepenuhnya di Sarawak yang mana ia juga turut mendapat sokongan daripada Sarawak Tourism Board (STB).


Sarawak Tourism Board berasa gembira apabila menerima makluman bahawa filem ini akan ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Malaysia tahun ini. Pengarah, Michael Haussman, pelakon, Josie Ho, Bront Palarae dan pelakon lain dari filem ‘Edge of The World’ akan bertemu dengan penonton di Majlis Perasmian MIFFest yang akan diadakan pada 10 Julai.


SENARAI PENCALONAN SETIAP KATEGORI


Pengarah Terbaik

  1. Two Friends - (India) - Prasun Chatterjee

  2. Memoryland - (Vietnam, Germany) - Kim Quy Bui

  3. No Ground Beneath the Feet - (Bangladesh) - Mohammad Rabby Mridha

  4. Full time - (France) - Eric Gravel

  5. White Building - (Cambodia, France) - Kavich Neang


Pelakon Lelaki Terbaik

  1. Two Friends - (India) - Arif Shaikh

  2. Two Friends - (India) - Asik Shaikh

  3. No Ground Beneath the Feet - (Bangladesh) - Mostafa Monwar

  4. White Building - (Cambodia, France) Sithan Hout

  5. Hail, Driver! - (Malaysia) - Amerul Affendi


Pelakon Wanita Terbaik

  1. Rehana - (Bangladesh, Singapore) - Azmeri Haqui Badhon

  2. Full time - (France) - Laure Calamy

  3. The Silent Forest - (Taiwan) - CHEN Yan-Fei

  4. Drowning in Holy Water - (Iran, Afghanistan) - Neda Jebreili

  5. No Ground Beneath the Feet - (Bangladesh) - Deepanwita Martin


Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

  1. Rehana - (Bangladesh, Singapore) - Kazi Sami Hassan

  2. The Silent Forest - (Taiwan) - KIM Hyun-bin

  3. White Building - (Cambodia, France) - Chinnaro Soem

  4. Drowning in Holy Water - (Iran, Afghanistan) - Matin Heydarnia

  5. Full time - (France) - Nolan Arizmendi


Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

  1. Two Friends - (India) - Jayati Chakraborty

  2. Rehana - (Bangladesh, Singapore) - Afia Jahin JAIMA

  3. No Ground Beneath the Feet - (Bangladesh) - Priyam Archi

  4. Whether the Weather is Fine - (Philippines, Singapore) - Rans Rifol

  5. The Silent Forest - (Taiwan) - YANG Kuei-Mei


Lakon Layar Terbaik

  1. Two Friends - (India) - Prasun Chatterjee

  2. Rehana - (Bangladesh, Singapore) - Abdullah Mohammad SAAD

  3. Memoryland - (Vietnam, Germany) - Kim Quy Bui

  4. The Silent Forest - (Taiwan) - Ko Chen-nien , Lin Pin-Jun

  5. Hail, Driver! - (Malaysia) - Muzzamer Rahman


Sinematografi Terbaik

Two Friends - (India) - Tuhin Biswas

Memoryland- (Vietnam, Germany) - Xuan Truong Dang

Whether the Weather is Fine - (Philippines, Singapore) - Lim Teck Siang

White Building - (Cambodia, France) - Douglas Seok

Hail, Driver! - (Malaysia) - Hafiz Rashid, Fairuz Ismail



Festival Filem Antarabangsa Malaysia ke-5 akan diadakan di Dadi Cinema, Pavilion KL dari 10 hingga 15 Julai 2022, manakala Malaysia Golden Global Awards ke-5 akan diadakan pada 16 Julai di Istana Budaya, Kuala Lumpur. MGGA akan disiarkan di Unifi TV (siaran langsung di Malaysia), Viu TV HK (siaran penangguhan di Hong Kong), dan YouTube MIFFest (siaran langsung di seluruh dunia).


MIFFest juga mengumumkan bahawa Tourism Malaysia akan menyertai festival tahun ini sebagai pihak sokongannya. Untuk maklumat lanjut tentang festival tersebut, sila layari miffest.com.my


0 comments