top of page

Masters of the World: Lelaki Bangkit, Dunia Terinspirasi

  • Writer: MYB
    MYB
  • 3 minit lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR – Industri hiburan dan media dunia kini memiliki platform baharu untuk meraikan definisi maskulin yang lebih mendalam. Agensi bakat dan acara antarabangsa, Beam Artistes, telah melancarkan edisi sulung Masters of the World (MOTW) , sebuah pertandingan unik yang bukan sekadar mengukur kekuatan fizikal, tetapi turut mengangkat daya tahan emosi (emotional resilience) seorang lelaki.


Masters of the World: Lelaki Bangkit, Dunia Terinspirasi
Seramai 16 peserta dari 12 negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar, India, Taiwan, Afrika Selatan, Greece, Croatia dan Sepanyol, akan berentap dalam dua kategori: Masters (usia muda) dan Elite (usia matang), sebagai membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk menjadi inspirasi.

Acara Masters of the World (MOTW) ini adalah lebih daripada sekadar pertandingan kecantikan lelaki. Menurut Pengasas & CEO Beam Artistes dan MOTW, Samuel Seow, ia adalah satu gerakan yang mentakrifkan semula erti menjadi seorang lelaki sejati dan bagaimana seseorang itu benar-benar ‘menguasai diri’ (master oneself).


Dalam ucapan perasmiannya, Seow berkongsi bahawa setiap parut, kemunduran, dan air mata dalam hidupnya telah menjadi guru. Menerusi pengalaman tersebut, beliau menyedari, "untuk menguasai dunia, kita mesti terlebih dahulu belajar untuk menguasai diri kita sendiri".


MOTW menumpukan aspirasi untuk memberi inspirasi kepada kaum lelaki di mana jua untuk bangkit mengatasi kisah silam, memimpin dengan belas kasihan, membina semula diri apabila berhadapan kegagalan, dan bersinar bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi juga untuk orang yang memerhatikan mereka, seperti anak-anak dan komuniti.


Seow menegaskan, kemenangan sejati tidak datang daripada trofi atau gelaran, tetapi daripada keupayaan seorang lelaki untuk menguasai minda, emosi, perhubungan, pekerjaan, dan yang paling utama, hati sendiri. Beliau berharap pertandingan ini dapat menyebarkan mesej bahawa mastery (penguasaan diri) bukan tentang kuasa atau kesempurnaan, tetapi tentang keamanan, tujuan, dan ketekunan.


Masters of the World: Lelaki Bangkit, Dunia Terinspirasi
MOTW bukan sekadar pertandingan, tetapi satu gerakan yang mengangkat martabat lelaki sebagai insan yang mampu bangkit dari masa silam, memimpin dengan belas kasihan, dan menyinar bukan hanya untuk diri sendiri, tetapi untuk anak-anak, keluarga dan komuniti mereka.

Edisi sulung Masters of the World ini menampilkan 16 delegasi dari 12 buah negara merangkumi Asia, Eropah, dan Afrika , dan dibahagikan kepada dua kategori: MASTERS dan ELITE. Ini termasuk delegasi paling senior, Yu Cheng Chao dari Taiwan, seorang usahawan berusia 71 tahun. Penyertaan beliau membuktikan falsafah MOTW bahawa umur bukanlah batasan, tetapi satu penghormatan, dan setiap kedutan menceritakan kisah.


Malaysia diwakili oleh dua peserta berbakat: Tan Jun Jie atau Joe (25) dalam kategori MASTERS dan guru ciptaan (Invention Teacher), Lee Chee Kiong (56), yang bersaing dalam kategori ELITE.


Minggu pertandingan telah bermula sejak 14 Oktober 2025, dengan Malam Akhir yang penuh prestij dijadualkan berlangsung pada 20 Oktober 2025, di Starlight Arena @ Plaza 51, Petaling Jaya. Penganjur menjemput orang ramai untuk hadir dan menyokong para peserta berbakat ini tanpa mengira negara asal mereka, selaras dengan semangat Man of the World.


Maklumat tiket dan undian untuk acara kemuncak boleh didapati di laman sesawang www.thevotique.com. Tiket VIP berharga RM350 (meja bulat dengan hidangan), manakala tiket biasa berharga RM150 (tempat duduk bebas dengan bufet).



bottom of page