top of page
Writer's pictureMYB

Minggu Filem Rusia Ke-4 Tawar Tontonan 5 Filem Rusia Secara Percuma

Peminat filem dan kaki wayang di Lembah Kelang khasnya berpeluang untuk menonton 5 filem Rusia pelbagai genre pada Minggu Filem Rusia ke-4 (MFR4) yang bakal berlansung selama tiga hari bermula dari 1 sehingga 3 November 2022.



MFR4 merupakan acara tahunan yang telah dianjurkan setiap tahun selama tiga tahun di Singapura oleh Majlis Perniagaan Singapura Rusia (RSBC) memilih Malaysia untuk penganjuran edisi ke-4 festival tersebut tahun ini.


MFR4 diadakan dengan tujuan untuk menyebarkan aktiviti seni dan budaya Rusia serta memberi pendedahan kepada penonton tempatan gambaran tentang landskap negara dan seni visual melalui lima filem yang akan ditayangkan.


Selain itu, MFR4 juga diharapkan dapat membuka peluang perdagangan dan perniagaan serta mengukuhkan hubungan ekonomi Malaysia-Rusia.


MFR4 yang dianjurkan oleh Majlis Perniagaan Russia-Singapura, mendapat kerjasama dari pihak penganjur, Prevail Productions Sdn. Bhd. akan membawa 5 buah filem seperti "Son Of A Rich", "Eleven Silent Man", "From Grief To Joy", Everything All Right", dan "The Big Deal", yang akan diadakan di TGV Suria KLCC secara percuma.



Wakil dan pengedar filem RSBC, Umashankari Yimarakuro yang ditemui berkata, mereka yang mahu menonton filem-filem ini secara percuma boleh mendapatkan tiket di www.eventbrite.com.


“Tayangan filem untuk festival kali ini akan berlangsung di TGV KLCC dengan penebusan tiket berdasarkan siapa cepat dia dapat.


“Mewakili RSBC kami berbesar hati untuk berkongsi budaya dan gaya hidup Rusia kepada warga Malaysia melalui filem yang ditayangkan,” katanya.


Majlis pra-pelancaran Minggu Filem Rusia ke-4 diadakan semalam bertempat di Fatimah Food, Bangunan Mara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Aleksander Dunaev, mewakili pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Rostec di Malaysia

Comments


bottom of page