top of page
  • Writer's pictureMYB

MISA, Ranaco Marine Jalin Kerjasama Lahir Tenaga Kerja Mahir, Perkasa TVET

Untuk melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir dalam bidang maritim, minyak dan gas Ranaco Marine Sdn. Bhd. (Ranaco Marine) menjalin kerjasama strategik dengan Akademi Kemahiran Perindustrian Malaysia (MISA) dalam pengambilan pelajar jurusan berkaitan.


SITI Patimah Hussin (dua, kiri) dan Ahmad Firdhaus Ramlan bertukar dokumen MoU dalam menawarkan latihan kepada belia dalam bidang maritim, minyak dan gas pada Majlis Pelancaran Kerjasama Strategik di pusat latihan Ranaco Marine di Kemaman baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Ranaco Marine, Ahmad Firdhaus Ramlan berkata, MISA bertanggungjawab menyebar luas lima kursus berkaitan maritim, minyak dan gas ditawarkan pihaknya.


“MISA merupakan rakan strategik yang terlibat secara langsung dalam hebahan iklan tawaran kursus, sesi penerangan dan temuduga calon pelajar Ranaco Marine.


“Kami menyasarkan kemasukan sekurang-kurangnya 550 pelajar bagi kesemua lima kursus ditawarkan sepanjang tahun ini,” katanya di kampus Ranaco Marine di Kemaman, Terengganu baru-baru ini," jelasnya.


Terdahulu beliau menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Ketua Pegawai Eksekutif MISA, Siti Fatimah Hussin di kampus Ranaco Marine.


Ahmad Firdhaus berkata, Ranaco Marine merupakan pusat latihan maritim, minyak dan gas swasta yang menawarkan kursus peringkat sijil dalam tempoh tiga hingga empat bulan.


“Walaupun cuma peringkat sijil dan singkat, modul latihan kami amat komprehensif dan diperakui pemain industri tempatan. Kita sentiasa membuka ruang generasi muda selaras dengan saranan kerajaan untuk memperkasa latihan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET),” katanya.

댓글


bottom of page