top of page

Nada Murni Kembali, Hijjaz & Rabbani Bersatu Dalam Konsert Penuh Nostalgia!

  • Writer: MYB
    MYB
  • 23 Sep
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR — Lebih tiga dekad setelah membawa haluan masing-masing,dua nama besar dalam dunia nasyid tanah air, Hijjaz dan Rabbani, bakal mencipta sejarah apabila mereka kembali bersatu di pentas dalam Konsert Lagenda Nada Murni, sebuah persembahan mega yang menjanjikan malam penuh nostalgia dan pengisian jiwa.


Nada Murni Kembali, Hijjaz & Rabbani Bersatu Dalam Konsert Penuh Nostalgia!
Saksikan penyatuan semula kumpulan tersohor Hijjaz dan Rabbani yang bakal menghidupkan semula era gemilang Nasyid 80-an di pentas mega.

Konsert yang dianjurkan oleh Karri Talk Production dan Westzone Entertainment ini bakal berlangsung pada 7 Disember 2025, jam 8 malam, di Idea Live Arena, Petaling Jaya. Ia merupakan pertemuan semula ahli asal kumpulan Nada Murni, yang pernah menjadi fenomena pada era 80-an sebelum berpecah pada tahun 1994.


Nada Murni, yang diasaskan pada tahun 1987, pernah merakamkan album dalam saluran air di Kampung Sungai Penchala tanpa studio atau alat muzik dan hanya berbekalkan semangat dan suara. Kini, semangat itu bakal dihidupkan semula dalam satu malam yang dijangka penuh syahdu dan kenangan.


Nada Murni Kembali, Hijjaz & Rabbani Bersatu Dalam Konsert Penuh Nostalgia!

Persembahan ini akan menampilkan semula ahli asal kumpulan tersebut, iaitu Hijjaz dan Rabbani, untuk berkongsi satu pentas mega. Penonton dijangka akan dibawa mengimbau kenangan era nasyid 80-an yang popular dengan lagu-lagu ikonik seperti Di Pondok Kecil, Di Sini Kami Berkumpul, dan Tanpa Agama. Selain itu, konsert ini turut dimeriahkan dengan persembahan eksklusif daripada artis jemputan, Saujana, Akhil Hai, dan Pak Dinie.



Menurut wakil penganjur, konsert ini bukan sekadar persembahan muzik, tetapi sebuah pertemuan semula yang penuh makna. Ia diharapkan dapat mengembalikan nostalgia kegemilangan nasyid era 80-an dan menyemai semangat kebersamaan melalui muzik yang murni dan berjiwa.


Tiket konsert akan mula dijual pada 26 September 2025 melalui platform Ilasso Tickets dan Fantopia, dengan harga bermula dari RM128 hingga RM258. Menariknya, tiket dibahagikan kepada tiga kategori berbeza, iaitu Lelaki, Wanita, dan Keluarga, bagi memberikan keselesaan kepada penonton mengikut pilihan masing-masing. Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket lebih awal agar tidak terlepas peluang keemasan ini.



Komen


bottom of page