Nasi Kandaq Fest 3.0 Kembali Menggegarkan Kuala Lumpur Dengan 9 Lejen Paling ‘Surrr’
- MYB
- 16 jam lalu
- 2 min membaca
KUALA LUMPUR - Para peminat nasi kandar bakal menikmati satu lagi pesta penuh aroma rempah dan kemeriahan apabila Nasi Kandaq Fest 3.0 kembali menyerikan ibu kota pada 29 dan 30 November 2025. Festival anjuran FriedChillies dengan kerjasama Datum Jelatek Shopping Centre ini dianjurkan sempena ulang tahun ketiga pusat beli-belah tersebut dan tahun ini menjanjikan barisan vendor paling ‘Surrr’ sejak festival itu bermula.

Menghimpunkan sembilan lejen nasi kandar dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Johor, edisi kali ini turut mendapat sokongan penuh daripada PRESMA (Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia) serta komuniti peminat tegar nasi kandar negara, Nasi Kandaq Hunters (NKH).
Nasi Kandaq Fest 3.0 bukan sekadar medan menjamu selera, tetapi turut menampilkan pelbagai aktiviti interaktif untuk pengunjung semua peringkat umur. Antara sorotan menarik yang menanti adalah:
Nasi Kandar RM3 pada jam 3:33 petang — hanya untuk 333 pengunjung setiap hari
Pertandingan pakaian terbaik
Pertandingan makan khas untuk yang berani mencuba
Aktiviti keluarga dan pertandingan mewarna kanak-kanak
Persembahan muzik serta demonstrasi memasak
Turut serta sebagai rakan jenama rasmi ialah Able Farm (Krimer Rasmi), Jasmine Rice (Beras Rasmi) serta ECOSAFA sebagai rakan minyak masak rasmi.
Tahun ini, peminat nasi kandar bakal berpeluang merasai hidangan signature daripada sembilan nama besar dunia nasi kandar, antaranya:
Deens Maju (Penang)
Nasi Kandar Kampung Melayu (Penang)
Pelita (Chai Leng Park)
Kudu (Kuala Lumpur)
Hameediyah
LC (Line Clear) Kampung Baru
Nasi Kandaq Talam (Johor)
Nasi Kandar Bawah Pokok (Penang)
Ibramsha (Shah Alam)
Setiap vendor turut menawarkan lauk istimewa dan menu eksklusif khusus untuk festival ini.

Menurut Adly Rizal, CEO FriedChillies, festival tahun ini dibina atas kejayaan besar penganjuran lalu.
“Kami membawa sembilan vendor nasi kandar kegemaran rakyat dari Penang, KL dan Johor, ini sememangnya line-up paling Surrr setakat ini,” ujarnya.
Beliau turut menambah bahawa lokasi Datum Jelatek amat ideal kerana akses LRT yang mudah, parkir yang luas dan ruang yang kondusif untuk acara makanan berskala besar.
CEO Datum Jelatek Shopping Centre, Zetty Rahim, menyifatkan penganjuran festival ini sebagai simbol komitmen pusat beli-belah tersebut terhadap peranan mereka sebagai pusat komuniti.
“Kami mahu sebuah acara yang meraikan warisan Malaysia sambil menyatukan masyarakat — dan Nasi Kandaq Fest 3.0 memenuhi matlamat ini,” katanya
Presiden PRESMA, Dato’ Mohamed Mosin, menegaskan bahawa nasi kandar merupakan sebahagian identiti budaya Muslim-India Malaysia.
“Acara seperti ini memperkukuh identiti kulinari kita dan menghargai kerja keras para pengusaha restoran,” katanya.
Sementara itu, pengasas komuniti NKH yang kini mempunyai lebih 275,000 ahli, Pandai Othman, turut menyeru ahli komuniti untuk hadir beramai-ramai.
“Dengan sembilan nama besar yang dipilih bersama FriedChillies, peminat akan mendapat pilihan hebat serta rasa autentik.
Maklumat acara adalah seperti berikut:
Tarikh : 29–30 November 2025
Masa : 10 pagi – 10 malam
Lokasi : Datum Jelatek Shopping Centre, Kuala Lumpur
Akses : Laluan berbumbung terus dari
LRT Jelatek Parkir : Parkir dalaman yang luas
Pengunjung disarankan hadir awal, terutamanya untuk menikmati promosi istimewa nasi kandar RM3 dan mencuba vendor paling popular.









