top of page

Saudagaar Asia Kembangkan Portfolio, Sasar Pasaran Fesyen Premium Menerusi Jenama Nafesa

  • Writer: MYB
    MYB
  • 5 jam lalu
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Saudagaar Asia baru-baru ini mengumumkan peluasan operasi perniagaannya dengan pelancaran rasmi jenama tudung premium terbaharunya, Nafesa. Langkah strategik ini menandakan kemasukan syarikat itu ke dalam pasaran fesyen wanita profesional, dengan fokus untuk meraikan pesona wanita moden yang anggun, yakin, dan berwibawa.


Saudagaar Asia Kembangkan Portfolio, Sasar Pasaran Fesyen Premium Menerusi Jenama Nafesa
(Tengah) Pengasas Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Saudagaar Asia Sdn Bhd, Said Saiful Fazli Said Aluwi bersama ibunya, Puan Nafesa serta Nafesa Muse, Puan Hajah Noor Kumalasari sewaktu acara pelancaran jenama fesyen itu yang berlansung baru-baru ini di The Agam, Sungai Penchala.

Pelancaran ini disifatkan sebagai "permulaan baharu di Saudagaar Asia". Jenama Nafesa diwujudkan bukan sahaja untuk menembusi pasaran pengguna, tetapi juga untuk menyokong dan memberi inspirasi kepada perjalanan usahawan wanita.


Jenama ini, yang diilhamkan daripada kasih seorang ibu , diposisikan sebagai produk mewah dengan warisan yang tidak lapuk dek zaman, diperkukuhkan dengan pemilihan Noor Kumalasari sebagai 'Nafesa Première Showcase Muse'.


"Nafesa dihadirkan untuk menginspirasikan setiap wanita agar berasa cantik, lengkap, yakin dan bernilai," kata Pakar Jenama, Fadz Subari.

GALERI


Untuk pelancaran sulungnya, Nafesa memperkenalkan "Koleksi The Alhambra Monogram". Koleksi ini terdiri dari lima rekaan eksklusif dan didatangkan dalam pilihan 19 warna, diinspirasikan daripada kehalusan seni bina Istana Alhambra di Granada, melambangkan kemewahan dan kekuatan.


Koleksi tudung ini menggunakan fabrik satin premium yang lembut, ringan, dan selesa dipakai , serta menampilkan rekaan timeless (tidak lapuk dek zaman) dan pembungkusan eksklusif yang sesuai untuk dijadikan hadiah.


Saudagaar Asia, melalui Nafesa, menyasarkan untuk mendekati wanita yang bukan sekadar pengguna, tetapi juga merupakan trendsetter dan inspirasi kepada komuniti.



Komen


bottom of page