top of page

'NO TIME FOR SILENCE' Gegar Industri Muzik Dengan Single Baharu, "i dont wanna die tonight.flp"

  • Writer: MYB
    MYB
  • 6 Ogo
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Kumpulan alt-hardcore tempatan yang semakin mencuri perhatian, NO TIME FOR SILENCE (NTSF) , kembali dengan ledakan sonik menerusi single terbaharu mereka yang penuh emosi dan kekacauan, berjudul ‘i dont wanna die tonight.flp’, sebuah trek pembuka kepada album sulung mereka yang bakal dilancarkan Disember ini, bertajuk ‘CRASH REPORT: braceforchange.flp has stopped working’.


'NO TIME FOR SILENCE' Gegar Industri Muzik Dengan Single Baharu, "i dont wanna die tonight.flp"

Kumpulan NTFS terdiri daripada tiga ahli utama: JAIRO selaku ketua kumpulan dan vokalis utama, BYN sebagai penerbit muzik dan vokalis kedua, serta QUENG yang memainkan peranan sebagai pemain gitar.


Mereka mewakili generasi Z dari Malaysia dengan semangat muzik alternatif yang menggabungkan elemen rock, metal, dan hyperpop, serta berani mencabar norma muzik tradisional.


Menggabungkan elemen post-hardcore, elektronik glitchy, dan emosi mentah, lagu ini menjadi luahan generasi yang dibelenggu keletihan digital dan tekanan hidup yang semakin menghimpit.


Dengan riff gitar yang agresif dan vokal yang sengaja dimanipulasi secara kasar, lagu ini menggambarkan perasaan terperangkap dalam sistem yang hampir lumpuh, baik secara mental mahupun sosial.


Lebih menarik, video muzik untuk lagu ini mengambil pendekatan yang gelap tetapi lucu. Ia berlatarkan sebuah rumah penjagaan orang tua, di mana ahli-ahli kumpulan yang sudah tua dan letih menonton rakaman diri mereka semasa muda. Mereka kemudian memberontak terhadap rutin harian yang membosankan dengan membaling kerusi roda, memecahkan televisyen, dan membuat 'moshing' di koridor.



Menurut kumpulan ini, video tersebut adalah tentang kesedaran bahawa mereka masih belum selesai dan semangat dalam diri masih membara.


“Kami mahu sampaikan mesej bahawa walaupun kita sudah penat, jika masih ada bara semangat dalam diri, jangan biarkan ia padam begitu sahaja,” kata wakil kumpulan itu.

‘i dont wanna die tonight.flp’ kini boleh distrim di semua platform digital, manakala video muziknya boleh ditonton di YouTube.



Komen


bottom of page