Nostalgia 'Sajian Serantau': Santa Grand Signature KL Himpun Resipi Warisan Sempena Ramadan 2026
- MYB
- 5 hari lalu
- 1 min membaca
KUALA LUMPUR – Sempena kedatangan bulan puasa yang bakal tiba, Santa Grand Signature Kuala Lumpur tampil memperkenalkan Bufet Ramadan “Sajian Serantau”, sebuah pengalaman iftar yang direka khusus untuk menggamit memori berbuka puasa dengan cita rasa tradisi.

Bertempat di Kapitan Cafe yang terletak di Tingkat 3 hotel berkenaan, bufet ini menjanjikan himpunan keunikan rasa dari seluruh pelosok Malaysia.Tawaran istimewa ini menggabungkan keaslian resipi klasik ala kampung yang penuh nostalgia dengan sentuhan moden sajian hotel, menjadikan setiap hidangan bukan sahaja enak malah membangkitkan kenangan manis bersama keluarga dan sahabat handai. Sesi berbuka puasa ini akan dibuka setiap hari sepanjang Ramadan bermula jam 6.30 petang hingga 10.00 malam.
Bagi warga kota yang merancang awal, hotel yang terkenal dengan konsep inspirasi Peranakan ini menawarkan harga promosi 'Early Bird' sebanyak RM103 bersih untuk dewasa, sah sehingga 16 Februari 2026.
Bermula 23 Februari hingga 18 Mac 2026, harga bufet akan kembali kepada kadar asal iaitu RM140 bersih bagi dewasa. Manakala, golongan kanak-kanak dan warga emas boleh menikmati hidangan ini pada kadar istimewa RM70 bersih.
Selain iftar, Kapitan Cafe turut menyediakan kemudahan untuk sesi bersahur bermula jam 4.30 pagi hingga 5.45 pagi, menjadikan lokasi ini destinasi sehenti yang ideal buat tetamu hotel serta pengunjung sekitar ibu kota.
Orang ramai yang berminat untuk membuat tempahan atau pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian +603 2027 1969 atau WhatsApp ke +6019 339 9524 pada waktu pejabat.

































