Tangani Luka Emosi & Stres Digital: ‘Dr Healing’ Lancar Pusat Terapi Bersepadu Di Setia Alam
- MYB
- 39 minit lalu
- 2 min membaca
SETIA ALAM – Di tengah-tengah kesibukan gaya hidup moden yang sering mencetuskan tekanan mental dan keletihan emosi, pakar NLP dan motivasi terkenal, Dr Hisham Dzakiria, secara rasminya melancarkan Healing Centre Dr Hisham Dzakiria baru-baru ini. Pusat terapi emosi yang terletak di Setia Alam ini dibuka sebagai respons kepada peningkatan mendadak kes isu kesihatan mental dalam kalangan masyarakat hari ini.

Dikenali dengan pendekatan yang praktikal dan berorientasikan penyelesaian, pusat yang berkeluasan 1,900 kaki persegi ini bukan sekadar klinik kaunseling biasa. Ia direka sebagai "ruang selamat" bagi individu yang terdiri daripada kanak-kanak hingga dewasa untuk merawat luka masa lalu, mengurus stres akibat tekanan sosial digital, serta menangani masalah perhubungan.
Menurut Dr Hisham, statistik menunjukkan keperluan terhadap sokongan emosi semakin kritikal. Berdasarkan National Health and Morbidity Survey (NHMS) pada 2023 terhadap kesihatan mental Malaysia, mendapati sejumlah 4.6% atau kira-kira 1 juta orang dewasa mengalami kemurungan. Jumlah ini adalah dua kali ganda berbanding tahun 2019.
Kelompok paling terjejas adalah golongan muda berumur 16-19 tahun (7.9%) dan 20-29 tahun (7.6%) mencatatkan kadar kemurungan tertinggi. Hampir separuh daripada mereka mempunyai pemikiran untuk mencederakan diri atau bunuh diri.
"Kami membuka Healing Centre dengan misi untuk menjadikan khidmat kesihatan mental lebih mudah diakses. Terlalu ramai yang bergelut dalam senyap dengan kemurungan, fobia, dan stres. Kami di sini untuk membantu mereka mencari jalan kembali kepada kesejahteraan," jelas beliau semasa majlis perasmian tersebut.

Selain Dr Hisham sebagai peneraju utama, pusat ini turut diperkukuhkan dengan kehadiran pakar NLP, Coach Ahmad Termizi Ab Aziz, bersama pasukan kaunselor profesional yang berpengalaman. Mereka menawarkan pendekatan empatik yang berasaskan bukti bagi memastikan setiap klien mencapai transformasi minda yang berkesan.
Pusat ini juga merupakan subsidiari di bawah Ecotwin Step Training & Consultancy Sdn Bhd, yang aktif mengendalikan seminar pengurusan kesihatan mental. Bagi mereka yang memerlukan bantuan atau ingin mengatur janji temu, sila hubungi Healing Centre Dr Hisham Dzakiria melalui 010-3243243 atau boleh hadir ke pusat terapi yang terletak di Jalan Setia Dagang ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Pelancaran ini menandakan satu mercu tanda penting dalam usaha memartabatkan kesihatan emosi sebagai keutamaan yang setanding dengan kesihatan fizikal di Malaysia.





