Selera Muhibbah Buffet 2026 Kembali Meriahkan Ramadan Dengan Sajian Warisan & Sentuhan Moden
- MYB
- 49 minit lalu
- 2 min membaca
Petaling Jaya — Setiap kali Ramadan menjelma, pengalaman berbuka puasa bukan sekadar tentang makanan, tetapi juga tentang suasana, kebersamaan dan nostalgia. Tahun ini, Tropicana Golf & Country Resort (TGCR) sekali lagi menghidupkan tradisi tersebut menerusi kembalinya Selera Muhibbah Buffet 2026, sebuah pengalaman bufet yang menggabungkan rasa warisan Malaysia dengan sentuhan kontemporari dalam suasana penuh kemeriahan.

Bermula dari 21 Februari hingga 19 Mac 2026, bufet ini menawarkan lebih 200 pilihan hidangan yang disusun merentasi 26 gerai makanan termasuk 10 stesen masakan secara langsung. Dari sajian kampung yang membangkitkan memori zaman kecil hingga hidangan moden yang diinspirasikan dari pelbagai budaya Nusantara, setiap pilihan direka untuk memenuhi selera pelbagai generasi.
Antara hidangan yang mencuri perhatian termasuk Kambing Rendang Warisan, Ayam Mentega Berkrim Delhi, Gulai Bebek Umbu Aceh serta Ikan Siraman Lemon Sutera. Tidak ketinggalan pilihan nasi dan pencuci mulut yang menambahkan lagi pengalaman berbuka puasa yang lengkap, menjadikan setiap kunjungan terasa berbeza dengan menu yang sentiasa berputar setiap hari.
Dari sudut gaya hidup, pengalaman di Selera Muhibbah bukan hanya tentang menjamu selera. Ruang makan dihias dengan dekorasi tradisional termasuk rumah kampung sebagai simbolik suasana Ramadan, diiringi persembahan muzik secara langsung yang menambahkan elemen santai dan mesra keluarga. Ia menjadikan pengalaman berbuka lebih bermakna, seolah-olah kembali ke suasana kampung halaman walaupun berada di tengah bandar.
Menariknya, semangat Ramadan turut diterjemahkan melalui inisiatif kebajikan apabila TGCR menjemput 90 kanak-kanak daripada tiga rumah kebajikan untuk menikmati hidangan bufet bersama, selain menerima sumbangan duit raya dan hadiah. Usaha ini mencerminkan nilai berkongsi rezeki yang menjadi inti pati bulan Ramadan.
Dengan harga bermula dari RM80, Selera Muhibbah Buffet 2026 tampil sebagai pilihan ideal untuk keluarga, rakan sekerja mahupun pertemuan santai berbuka puasa. Dalam suasana yang menggabungkan tradisi, hospitaliti dan kepelbagaian rasa, bufet ini sekali lagi membuktikan bahawa pengalaman makan bukan sekadar mengenyangkan, tetapi juga menghubungkan kenangan dan kebersamaan dalam satu meja.
Untuk tempahan buffet Ramadan TGCR, sila hubungi di talian 03 - 7804 8888. Sebarang majlis, acara dan sebagainya boleh hubungi di talian 1800 88 8128 atau melalui emel salesmarketing@tropicanacorp.com.my.











































