top of page
  • Writer's pictureMYB

Pertubuhan Briged Prihatin Rayu Bantuan Kemanusiaan Untuk Rakyat Palestin

Pertengahan April lalu, dunia sekali lagi menyaksikan kerakusan tentera Israel bertindak diluar norma kemanusiaan keatas rakyat Palestin sehingga menyebabkan sekurang- kurangnya 153 warga Palestin cedera dalam pertempuran dimana tentera Israel telah menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa selepas solat subuh.


Pembantaian tentera Israel terhadap rakyat Palestin khususnya Gaza bukan perkara baru malah ia seolah-olah menjadi trend saban tahun. Ini menyaksikan betapa diskriminasi yang berlaku di sana bukan lagi dilakukan secara tersembunyi.


Pertubuhan Briged Prihatin selaku sebuah sebuah NGO yang menjalankan kerja-kerja kemanusiaan dan kemasyarakatan mengutuk sekeras-keras tindakan tentera Israel atas serangan yang berlaku dan berdiri teguh bersama rakyat Palestin khususnya Gaza bagi mempertahankan Baitul Maqdis.


Atas dasar perjuangan mempertahankan rakyat Palestin, Gaza dan Baitul Maqdis, Pertubuhan Briged Prihatin baru-baru ini telah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) bersama organisasi badan bukan kerajaan antarabangsa, Gazze Destek Dernegi yang berpusat di Istanbul, Turki dan Gaza bagi membantu masyarakat disana dari segi bantuan pendidikan, makanan, bahan mentah serta infrastruktur kediaman dan sekolah.


Dari kiri : Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi bersama Syeikh Abdulmajed Al-Aloul selaku Pengarah Urusan, Gazze Destek Dernegi memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi penyaluran bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin

Pada majlis tersebut, Pertubuhan Briged Prihatin diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi sementara Gazze Destek Dernegi diwakili oleh Pengarah Urusan, Syeikh Abdulmajed Al-Aloul.


Kerjasama ini bagi membuktikan betapa rakyat Malaysia sangat prihatin dan cakna terhadap isu semasa khususnya melibatkan isu kemanusiaan di Gaza.


Encik Mohd Fakhrurrazi Mohd Hanapi turut menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk terus bersama-sama membantu serta mendoakan kesejahteraan rakyat Palestn yang teraniaya di Gaza khususnya, serta masyarakat dunia yang teraniaya umumnya selain membantu umat Islam di Gaza dengan apa jua kemampuan agar serangan dihentikan segera dan bantuan dapat dihulurkan.


Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan ke Gaza boleh menyalurkan sumbangan ke akaun rasmi PERTUBUHAN BRIGED PRIHATIN - 5627 8608 9405 (Maybank) Ref : TabungGaza

bottom of page