top of page

Syria Care Lancar Kempen Bantuan Musim Sejuk ke-13, Hantar Dua Kontena Bantuan Musim Sejuk ke Syria

  • Writer: MYB
    MYB
  • 47 minit lalu
  • 2 min membaca

SHAH ALAM – Ketika suhu mula menurun menandakan ketibaan musim sejuk di Syria, badan kemanusiaan Syria Care sekali lagi tampil dengan komitmen globalnya melalui pelancaran Kempen Bantuan Musim Sejuk 13.0.


Syria Care Lancar Kempen Bantuan Musim Sejuk ke-13, Hantar Dua Kontena Bantuan Musim Sejuk ke Syria
Kempen Bantuan Musim Sejuk 13.0 turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), MPP Zon 3, serta rakan strategik seperti HUMAM Relief dan Pertubuhan Ihsanku Malaysia.

Kempen ini menyasarkan bantuan kepada komuniti rentan di Syria dan pelarian Syria di Lubnan yang bakal berdepan musim sejuk yang mencabar dan berisiko mengancam nyawa.


Kempen yang berlangsung dari 26 September hingga 31 Disember 2025 ini memberi fokus kepada tiga bentuk bantuan utama: bahan api (diesel, kayu api, briket zaitun) dan pakaian musim sejuk. Antara inisiatif utama ialah projek ‘Warm Their Winter’, iaitu kutipan pakaian musim sejuk yang telah menjadi kempen tahunan Syria Care sejak 2013.


Tahun ini, kutipan berlangsung dari 22 hingga 26 Oktober 2025 di Dewan Kiambang, Seksyen 7, Shah Alam, dengan sasaran menghantar dua kontena bersaiz 40 kaki yang mengandungi 1,584 kotak bantuan setiap satu, seberat antara 10 hingga 15 kilogram.


Bantuan ini dijangka mengambil masa sekitar 50 hari untuk tiba di Pelabuhan Latakia, Syria.

Menurut Syria Care, bantuan ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 12,000 individu, menjadikan jumlah keseluruhan penerima sejak 2013 mencecah 250,000 orang.


“Kempen ini bukan sekadar misi bantuan, tetapi simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap mereka yang terpinggir akibat perang berpanjangan.” Musim sejuk di Syria bukan sekadar cuaca, ia adalah ujian kelangsungan hidup,” jelas Siti Sakinah binti Meor Omar Baki, Pengerusi Syria Care.

GALERI



Kempen ini turut mendapat sokongan padu daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), MPP Zon 3, serta rakan strategik seperti HUMAM Relief dan Pertubuhan Ihsanku Malaysia.


Bagi menampung kos logistik dan operasi, Syria Care menyasarkan kutipan sebanyak RM150,000.00 dan menyeru orang ramai, syarikat korporat serta NGO untuk bersama menjayakan misi kemanusiaan ini.


Sumbangan bagi menjayakan projek Warm Their Winter boleh disalurkan melalui akaun Maybank Syria Care bernombor 562106653575, atau secara dalam talian melalui laman web rasmi Syria Care di https://syriacare.org.my/winteraid/.




bottom of page