Pretty Ugly Rakam Semula Lagu 'Jangan Kau Mimpi', Tribute Buat Allayarham Siti Sarah Raisuddin
top of page
  • Writer's pictureMYB

Pretty Ugly Rakam Semula Lagu 'Jangan Kau Mimpi', Tribute Buat Allayarham Siti Sarah Raisuddin

Kumpulan Pretty Ugly bakal melancarkan sebuah album khas buat peminat muzik sebagai penghargaan di atas sokongan selama 21 tahun kepada mereka selama berada di persada seni mainstream tanahair .


Pretty Ugly, Pretty Ugly 21
"Pretty Ugly 21' serupakan simbolik sebuah penghargaan kepada peminat - Kumpulan Pretty Ugly

Album yang diberi judul 'Pretty Ugly 21' ini, mememuatkan 11 buah lagu. Ini merupakan album kelima Pretty Ugly yang pernah diterbitkan setelah album ‘Abstrak Versi Fantasi’ 2001, ‘Transformasi Ke Stereo’ 2003, ‘Rockaholic’ 2006 & ‘Darabkan Sejuta’ 2011.

Berbeza dengan album-album terdahulu, album kali ini merupakan rakaman semula lagu-lagu yang pernah popular di radio dan televisyen suatu ketika dulu.


"Boleh dikatakan semua lagu yang terkandung dalam album ini pernah menjadi hit. Di antaranya ialah ‘CD Bagasi Honey, Francis Ford Coppola, Nanti, En Ronald Moore dan Superstar’. Sementara itu,dua buah lagu yang pernah menjadi lagu tema buat filem 'Sepi' dan 'Tolong Awekku Pontianak' iaitu ‘Diari Seorang Lelaki’ dan ‘Jika Diberikan Ku Satu Peluang’ turut dimuatkan dalam album ini', jelas Neves

Album 'Pretty Ugly 21' turut memuatkan lagu yang pernah dinyanyikan oleh Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin, 'Jangan Kau Mimpi' dan sebuah lagu baru , 'Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun COVID Melanda'.


Vokalis Pretty Ugly , Neves
"Lagu 'Jangan Kau Mimpi' dirakamkan semula sebagai tribute kami buat Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin yang telah meninggal dunia baru-baru ini disebabkan COVID-19. Untuk pengetahuan semua, lagu tersebut dicipta dan diterbitkan sepenuhnya oleh saya untuk album studio kedua Siti Sarah, ‘Mimpi Pun Sama’ pada tahun 2003.

"Sementara itu lagu ‘Dirimu Tetap Ku Cinta Walaupun Covid Melanda’ pula adalah sebuah lagu baharu berkisah tentang bagaimana sepasang kekasih merempuh dugaan hidup di kala pandemik Covid-19 berlaku.


"Lagu ini telah dipasarkan secara digital single pada tahun lepas. Mungkin ramai yang masih tidak pernah dengar atau tahu akan kewujudan lagu ini. Disebabkan itulah lagu ini dimasukkan sekali di dalam album 'Pretty Ugly 21'," ujar Neves.

Mungkin ramai yang tertanya kenapa Kumpulan Pretty Ugly sudah lama tidak merakam album baharu? Merajuk? Kecewa? Sebenarnya banyak single telah dirakam di sepanjang 10 tahun jarak antara album ke-4, 'Darabkan Sejuta' dan album terbaharu Pretty Ugly 21 ini.


Di antaranya ialah Dia Milikmu, No. 1, Bongok, Pasti Kau Milikku. Akan tetapi hanya lagu No. 1 sahaja yang pernah mendapat sambutan. Lagu ini juga merupakan pemenang bagi kategori Muzik Video Terbaik di AIM 2014.

Pretty Ugly 21
Kumpulan Pretty Ugly

Manakala lagu Bongok pula tenggelam timbul setelah tajuknya dipersoalkan oleh media tempatan pada masa itu. Lagu itu ditukar tajuk ke ‘B’ setelah mendapat tekanan dan desakan dari pelbagai media pada masa itu. Oleh kerana lagu tersebut menimbulkan kekeliruan bagi pendengar, lama-kelamaan permintaan untuk lagu tersebut pun berkurangan.

"Ya kami agak KECEWA. Disebabkan perkataan BONGOK lagu seolah di’banned’ dalam senyap. Walaupun lagu tersebut ada ‘potential’ untuk menjadi hit. Teringat pula kisah lagu En Ronald Moore yang di’banned oleh RTM pada tahun 2001.


"Oleh kerana pada zaman tersebut, tiada media sosial & radio swasta masih bergantung kepada sistem halal haram ‘Rakam Khanah’. Maka label terdahulu mengambil keputusan untuk tidak mempromosikan lagu tersebut walaupun rakaman muzik video telah selesai," sambung Neves.

Projek untuk menghasilkan Album 'Pretty Ugly 21' bermula sekitar bulan September 2021 melalui dana yang diperolehi dari Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) sebagai bantuan kepada pemain industri seni tanah air yang terkesan akibat penularan Pandemik Covid-19 .

Album ini akan dilancarkan di semua platform penstriman digital pada 31 Junuari 2022. Kumpulan Pretty Ugly turut merancang untuk memasarkan album ini secara fizikal.

bottom of page