Program Famili Duo Musim Ketiga Tampil Lebih Menyengat! Identiti Pasangan Keenam Kekal Misteri
top of page
  • Writer's pictureMYB

Program Famili Duo Musim Ketiga Tampil Lebih Menyengat! Identiti Pasangan Keenam Kekal Misteri

Rancangan pertandingan nyanyian fenomenal "Famili Duo", yang telah ditonton lebih 8 juta kali musim lalu, kembali untuk musim ketiga dengan menampilkan enam pasangan selebriti yang lebih panas, hangat dan menyengat!


Bakal berentap. Barisan selebriti dan pasangan sebagai peserta Famili Duo Musim ketiga tahun ini

Satu sidang media telah diadakan minggu lalu di IOI City Mall di Putrajaya bagi mengumumkan identiti enam pasangan peserta terdiri dari selebriti dan pasangan mereka untuk musim terbaharu program tersebut, barisan juri serta hos yang bakal mengemudi program Famili Duo untuk musim ini.


Identiti 5 pasangan peserta telah diumumkan sewaktu sidang media tersebut. Mereka terdiri dari pasangan adik beradik Shila Amzah dan Syahir Amzah, Adira dan Emma Suhaimi serta Ryan Bakery dan Adam Bakery, pasangan suami isteri Fuad Rahman dan Tom, serta pasangan sepupu Haqiem Rusli dan Ariff Bahran. Bagi meningkatkan keterujaan penonton ,identiti pasangan keenam akan kekal misteri sehingga pentas Famili Duo Musim Ketiga bermula. Siapakah duo terakhir yang bakal menyertai barisan Famili Duo musim ini?



Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof, “Famili Duo kali ini membabitkan pasangan keluarga selebriti yang mantap dan menyengat kerana melibatkan pasangan suami dan isteri, adik-beradik serta sepupu selebriti. Tujuan utama kami adalah untuk mengeratkan hubungan keluarga selebriti yang jauh dan dekat di samping memeriahkan industri hiburan tanah air. Tentu ramai ingin melihat kreativiti dan gelagat mereka sewaktu persembahan dan juga di sebalik tabir. Program realiti ini semakin hangat dengan kemunculan famili penaja seperti OGAWA, Elegant Cosmetics serta Centrum.”



Program 8 episod ini bakal dikemudikan oleh gandingan selebriti serba boleh iaitu Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap. Enam pasangan selebriti ini akan tampil bertarung dan mempamerkan kreativiti masing-masing menerusi tema berbeza setiap minggu. Duo juara mingguan bakal memenangi hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama manakala finalis di pentas akhir Famili Duo berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000! Pemenang mingguan akan ditentukan oleh juri tetap (70%) dan undian atas talian melalui Tonton (30%).


Setiap penonton boleh membuat undian sebanyak 10 kali pada setiap minggu, manakala penonton yang melanggan TontonUP pula mendapat kelebihan istimewa iaitu mereka boleh mengundi duo kegemaran mereka sebanyak 50 undian! Gunakan kod ‘FAMILIDUO2023’ untuk mendapatkan tawaran khas bagi tiga bulan pertama sempena FD3 dengan harga serendah RM20. Lebih menarik lagi, pelanggan pakej TontonUP juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik mingguan.


Famili Duo 3 ini dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.


Program Famili Duo 3 (FD3) akan bermula pada 15 Oktober 2023 dan disiarkan setiap Ahad jam 9:00 malam di TV3 serta di platform penstriman dalam definisi tinggi, Tonton di www.tonton.com.my serta di aplikasi Tonton.



bottom of page