Red Box The Curve Damansara Kini Beroperasi Semula
top of page
  • Writer's pictureMYB

Red Box The Curve Damansara Kini Beroperasi Semula

Red Box, jenama terkenal dalam hiburan karaoke, mengumumkan pembukaan semula cawangan Karaoke Red Box bertema Jepun pertamanya di The Curve, Damansara. Usaha baharu yang menarik ini menandakan peristiwa penting bagi jenama itu dalam mentakrifkan semula pengalaman hiburan karaoke. Pembukaan semula kedai Karaoke Red Box bertema Jepun di The Curve menjanjikan pelbagai ciri yang menarik dengan kemudahan yang dinaik taraf.


Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Red Box Karaoke Karl Khoo, serta Pengarah Urusan Red Box Karaoke, Dr. Giovann Ng (tengah) merasmikan pembukaan semula pusat karaoke Red Box di The Curve Damansara baru-baru ini

Majlis pembukaan semula Red Box di The Curve yang berlansung baru-baru ini dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Red Box Karaoke Karl Khoo, serta Pengarah Urusan Red Box Karaoke, Dr. Giovann Ng yang turut sama melancarkan premis hiburan tersebut.


Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran beberapa wakil label muzik tempatan serta dirancakkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk permainan Mesin Gashapon mini, persembahan tarian singa serta cabutan bertuah yang menyediakan hadiah lumayan untuk tetamu bertuah yang hadir ke pelancaran tersebut.


Salah satu ciri yang cuba ditonjolkan oleh Red Box Karaoke di The Curve ialah konsep hiasan dalaman setiap bilik karaoke yang berinspirasikan Jepun serba mewah. Gabungan budaya Jepun dengan hiburan karaoke, memberikan tetamu satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.


Selain itu Red Box The Curve turut memberi perhatian kepada pengalaman kulinari terbaik untuk setiap pelanggannya dengan menyediakan masakan Jepun eksklusif yang disediakan oleh cef terkenal di Malaysia. Pengalaman kulinari ini membezakan Red Box daripada yang lain, menawarkan rasa Jepun di samping kegembiraan karaoke.


GALERI


Di Red Box, teknologi dan hiburan berjalan seiring. Bilik VVIP yang serba baharu di The Curve ini mampu memuatkan sehingga 30 orang, menjadikannya pilihan yang tepat untuk sebarang majlis keraian serta sambutan perayaan.


Dilengkapi dengan sistem karaoke terkini dan mempunyai Sistem Bunyi Karaoke JBL yang canggih, Red Box menjamin pengalaman audio-visual yang tiada tandingan untuk semua pelanggan.


Pembukaan semula besar Red Box di The Curve dilihat sebagai satu langkah ke hadapan yang penting dalam mentakrifkan semula hiburan karaoke. Dengan visi untuk menjadi pilihan karaoke nombor satu di Asia Tenggara dan menerajui masa depan hiburan karaoke, Red Box komited untuk menawarkan pelanggannya pengalaman yang tidak dapat dilupakan.


Red Box juga mempunyai komitmen untuk menyokong senario dan industri muzik tempatan. Melalui kerjasama dengan media, label rakaman dan pengurus artis, Red Box secara konsisten membawakan pelbagai acara menarik kepada pelanggan dan orang ramai.

0 comments
bottom of page