top of page

“Seindah Syurga”: Farez Adnan & Selfi Yamma Satukan Jiwa Nusantara Dalam Duet Balada Menyentuh Hati

  • Writer: MYB
    MYB
  • 24 Sep
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR - Dalam satu langkah berani yang merentasi sempadan muzik dan negara, penyanyi dangdut Malaysia, Farez Adnan, bergabung suara dengan bintang Indonesia, Selfi Yamma, menerusi single terbaru mereka berjudul “Seindah Syurga”. Lagu ini bukan sekadar kolaborasi dua suara hebat, tetapi juga simbol penyatuan budaya muzik serumpun Melayu-Nusantara.


“Seindah Syurga”: Farez Adnan & Selfi Yamma Satukan Jiwa Nusantara dalam Duet Balada Menyentuh Hati
Lagu "Seindah Syurga" bukan sekadar gandingan suara, tetapi juga lambang penyatuan seni muzik serumpun.

Dikenali dengan gaya dangdut yang memikat, Farez kali ini memilih untuk menampilkan sisi berbeza dengan mengetengahkan nuansa pop balada Indonesia yang lebih lembut dan emosional.


Sementara Selfi Yamma, yang juga memiliki latar belakang dangdut yang kukuh, turut menyuntik keunikan vokalnya dalam lagu ini, menjadikan “Seindah Syurga” sebuah karya yang penuh dengan rasa cinta, kerinduan dan keindahan vokal.


“Seindah Syurga”: Farez Adnan & Selfi Yamma Satukan Jiwa Nusantara dalam Duet Balada Menyentuh Hati
Lagu ini menonjolkan kekuatan vokal unik Farez dan Selfi, yang berpadu indah dengan melodi asal.

Lagu ciptaan Ejai Aziz dengan dengan lirik hasil nukilan Farez Adnan sendiri ini mengekalkan elemen dangdut sebagai penghormatan kepada warisan muzik tradisional Indonesia yang kaya dengan pengaruh Melayu, Hindustan dan Arab. Gabungan melodi yang merdu dan harmoni vokal kedua-dua penyanyi menjadikan lagu ini sebagai jambatan muzik antara Malaysia dan Indonesia.


Lagu “Seindah Syurga” mengupas tema cinta suci dan kesetiaan emosi, yang disampaikan dengan penuh penghayatan melalui tekstur vokal yang kaya dan keserasian yang jelas antara kedua-dua penyanyi, membawa pendengar hanyut dalam perasaan penuh rasa cinta.



Kedua-dua artis pernah membuktikan kecintaan mereka terhadap muzik serumpun ketika menyertai program D’Academy Asia, dan kini mereka kembali dengan semangat yang sama dalam “Seindah Syurga”.


Single ini kini boleh didengarkan di semua platform penstriman muzik digital, manakala MV rasminya kini boleh ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MVM Music. Para peminat yang ingin mengikuti perkembangan lanjut mengenai single ini melalui boleh mengikuti akaun Instagram rasmi @farezadnan, @lida_selfi07, dan @mvm_production.



Komen


bottom of page