Shila Amzah Umum Kehamilan Kedua
top of page
  • Writer's pictureMYB

Shila Amzah Umum Kehamilan Kedua

Shila Amzah, penyanyi terkenal Malaysia, mengumumkan kehamilannya bersama suaminya, Ubaidillah Zulkefli yang mesra disapa Ubai semalam. Pasangan itu menerusi akaun Instagram @shahilaamzah dan @ubaimz berkongsi berita gembira itu dan memohon doa agar perjalanan kehamilan kedua itu yang lancar.


Shila Amzah dan Ubai
Ubai menyifatkan berita kehamilan Shila membuka lembaran baharu kedua pasangan tersebut sebagai pasangan suami isteri untuk tahun 2024

Pasangan tersebut melahirkan rasa terima kasih kepada semua yang menyokong mereka dan memohon keberkatan untuk kehamilan yang selamat dan dipermudahkan. Walaupun Shila tidak mendedahkan tempoh sebenar kehamilannya, Ubai membayangkan 2024 akan menjadi lembaran baharu dalam hidup mereka.



Pasangan itu berkongsi satu video menyentuh hati yang merakamkan perjalanan kisah hidup mereka berdua sepanjang tahun 2023 serta reaksi spontan rakan rapat dan ahli keluarga mereka apabila mengetahui tentang kehamilan itu. Menyaksikan kegembiraan dan keterujaan orang tersayang menjadikan detik itu lebih istimewa buat Shila dan Ubai.



Shila Amzah dan Ubaidillah Zulkefli disatukan dalam satu majlis pernikahan yang diadakan pada 5 Ogos tahun lalu di Boathouse Ampang. Perkahwinan tersebut menandakan permulaan baharu dalam kehidupan peribadi mereka berdua, dipenuhi dengan harapan dan kebahagiaan.


Shila sebelum ini pernah berkahwin dengan Haris Idraki Elias pada April 2018, tetapi mereka bercerai pada Februari 2022. Menerusi perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais, yang kini berusia 5 tahun.

0 comments
bottom of page