“Showcase Jiwa Malaysia 2025” Gegar Bukit Jalil – 6 Artis, 1 Pentas, Pelbagai Genre!
- MYB
- 30 Sep
- 1 min membaca
BUKIT JALIL – Sempena sambutan Hari Malaysia, pentas Dewan Sri Putra yang kini berwajah baharu bakal menjadi tumpuan utama dengan penganjuran “Showcase Jiwa Malaysia 2025”, sebuah konsert yang menghimpunkan barisan artis terkenal dari pelbagai genre muzik tanah air.

Acara yang dijadualkan berlangsung pada 1 November 2025 jam 8 malam ini akan menampilkan Sixth Sense, Def Gab C, Kugiran Masdo, Floor 88, Baby Shima dan Alpha, menjanjikan malam penuh warna-warni muzik Malaysia. Dengan harga tiket hanya RM88, peminat dijemput untuk menyertai pengalaman seni yang meraikan kepelbagaian budaya dan suara rakyat Malaysia.
Dianjurkan oleh Regnant Works dan disokong oleh Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Showcase Jiwa Malaysia menjadi simbol semangat Malaysia MADANI, memperkukuh perpaduan melalui seni dan hiburan.
Menurut Encik Iliyas Jamil, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Dewan Sri Putra kini muncul sebagai venue serbaguna yang mampu menganjurkan pelbagai acara termasuk konsert, sukan dalam dewan, esports, dan majlis korporat. Dengan kapasiti sehingga 3,000 penonton dan fasiliti bertaraf antarabangsa, ia menjadi pusat acara yang menyokong pembangunan seni dan ekonomi kreatif negara.
Tiket mula dijual pada 30 September 2025 jam 5 petang melalui platform mytickets.asia . Peminat dinasihatkan untuk mendapatkan tiket dengan segera kerana jualan dijangka akan habis dalam masa yang singkat.















Komen