Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Di Johor Bahru Berjaya Tarik Lebih 7000 Penonton
top of page
  • Writer's pictureMYB

Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection Di Johor Bahru Berjaya Tarik Lebih 7000 Penonton

Jelajah Suria Anggun Cotton Collection yang berlangsung pada 11 Februari 2023 (Sabtu) lalu di Paradigm Mall, Johor Bahru telah berjaya mencuri tumpuan lebih 7,000 pengunjung dengan membawa kelainan menampilkan barisan artis popular 80an, 90an dan terkini.


Meriah! Siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Johor Bahru yang berlansung Sabtu lalu berjaya tarik lebih 7000 penonton.

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin), “Kami di Suria FM sangat gembira dengan sambutan baik dari peminat setia di selatan tanah air bagi lokasi pertama siri Jelajah Suria 2023 di Johor Bahru yang berlangsung pada sabtu lalu. Kelainan sentuhan 80an pada siri jelajah kali ini berjaya menghiburkan peminat yang hadir sekaligus mengimbau nostalgia lagu yang pernah menjadi fenomena”.


Siri Jelalah Suria Anggun Cotton Collection di Johor Bahru menampilkan barisan penyanyi popular era 80an dan 90an seperti Shidee, Raja Ema dan Elly AXL sebagai kelainan pada penganjurannya kali ini.

Konsert yang berlangsung itu turut dimeriahkan dengan persembahan hebat dari artis popular seperti Zamani Slam, Raja Ema, Elly AXL, Shidee, Akim & The Majistret, Siti Nordiana, Insomniacks, Nabila Razali, Alyph , Sissy Imann, Bunga, Luqman Podolski, Da Unknown, Wani Annuar dan Aiman Zaidi.


Barisan artis yang bakal menjayakan siri Jelajah Suria Anggun Cotton Collection di Aman Sentral, Kedah pada 19 Februari ini.

Tambah DJ Lin, “Antara kelainan yang turut ditampilkan adalah gimik persembahan pembukaan berupa tarian zapin daripada kumpulan Tari Aliff’s Dancers.


“Lokasi kedua siri jelajah suria bakal diadakan ahad ini (19 Februari) bermula jam 2 petang di Aman Central, Alor Setar Kedah yang turut menjanjikan kejutan istimewa buat peminat Suria FM di utara tanah air.


"Nantikan kedatangan barisan penyampai Suria FM juga berhibur dengan persembahan lebih 10 artis popular antaranya kumpulan Exists, Aishah, Ruffedge, Kristal X, Aris Ariwatan, Khai Bahar, Nabila Razali, Zulhadi, Syameer Azmi, Aqeesh Aleeya, Danial Kifli, Aiman Zaidi, Wani Annuar, Heedan Mohd dan ramai lagi”, tambah Dj Lin

Pengunjung turut berpeluang menangi hadiah cabutan bertuah seperti motorsikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000 dengan hanya membeli ‘Barangan Eksklusif Suria’ yang dijual di Booth ‘KEDAI SURIA’ sepanjang konsert berlangsung dengan minima pembelian sebanyak RM 100.


Bertuah! Shuib dan Ajak bersama pemenang cabutan bertuah berupa sebuah motorsikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM 4,000

Juga menangi wang tunai lebih RM 10,000 menerusi aktiviti pentas bersama penaja utama, Anggun Cotton Collection dan penaja bersama, AC Gas.


Maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti flatform media sosial Suria Malaysia.


Instagram: suriamalaysia l Facebook: @SuriaMalaysia l TikTok: @suriamalaysia l Youtube: SuriaTV l Twitter: @suria_malaysia


bottom of page