Siti Nurhaliza, Ziana Dan Anuar Zain Antara Yang Hadir Ke Konsert Sulung Liza Hanim Beri Sokongan
top of page
  • Writer's pictureMYB

Siti Nurhaliza, Ziana Dan Anuar Zain Antara Yang Hadir Ke Konsert Sulung Liza Hanim Beri Sokongan

Sambutan besar 27 tahun perjalanan muzik Liza Hanim berlansung semalam dipenuhi pelbagai emosi dalam konsert sulung penyanyi itu 'Liza Hanim 27 Years Journey In Concert' yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur.


Liza Hanim
Persembahan Liza Hanim dalam konsert sulung ' Liza Hanim 27 Years Journey In Concert' yang berlansung semalam di Zepp Kuala Lumpur

Ramai sahabat baik Liza Hanim dikalangan barisan selebriti dilihat hadir bagi meraikan penyanyi itu. Tidak ketinggalan penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza, diva tersohor Ziana Zain dan adiknyanya Anuar Zain turut hadir ke konsert tersebut, memberikan sokongan kepada Liza Hanim. Di tengah-tengah emosi yang terharu, Liza melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga atas kehadiran mereka yang dianggap sebagai ikon besar dalam industri muzik Malaysia.


Selain Siti Nurhaliza, Ziana Zain, dan Anuar Zain, beberapa artis terkenal lain turut hadir pada konsert tersebut. Jaclyn Victor, Nikki Palikat, Noryn Aziz, Marsha Milan, Aisha Retno, Dina Nadzir, Haziq Husni, dan Dafi Ismail menambah barisan bintang, menjadikan konsert malam itu lebih meriah dan tidak dapat dilupakan.


Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aisha Retno, Dafi Ismail dan Marsha Milan antara sahabat Liza Hanim yang hadir ke konsert semalam bagi memberi sokongan.



Walaupun tidak berada dalam keadaan sihat, Liza Hanim dilihat tetap memberikan persembahan yang terbaik dalam konsertnya. Beliau melantunkan lagu-lagu yang telah membawa namanya ke puncak dalam industri seni negara. Liza juga turut menampilkan segmen khas Tribute Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, yang memperlihatkan jatidiri seni beliau.


Liza Hanim menyampaikan 31 buah lagu termasuk lagu "My Heart Will Go On" nyanyian Celine Dion sebagai lagu encore. Penyampaian beliau yang menghiburkan dan menghayati persembahan ini menggetarkan para hadirin di konsert tersebut.


Liza Hanim
'Liza Hanim 27 Years Journey In Concert'

Emosi Liza Hanim tidak dapat ditahan ketika menyanyikan lagu "Tiada," yang membawa kenangan tentang arwah bapanya. Air matanya meleleh, dan persembahannya terhenti seketika, tetapi beliau kemudiannya melanjutkan dengan semangat selepas mendapat tepukan gemuruh daripada penonton.


Secara keseluruhan konsert anjuran LH Media Sdn Bhd dan Laugh Out Loud Entertainment itu mendapat sambutan menggalakkan daripada peminat. Kesemua kapasiti tempat duduk dipenuhi, malah ruang VIP Box menyaksikan kehadiran yang ketara. Kejayaan konsert itu mempamerkan kedudukan terkemuka Liza Hanim dalam industri muzik Malaysia, serta sokongan besar yang dinikmatinya daripada peminat setianya. - MYBUZZ!


Kredit foto : Maestro Media

bottom of page