top of page

“Sore: Istri dari Masa Depan” Menyapa Malaysia – Cinta Fantasi yang Menembus Waktu

  • Writer: MYB
    MYB
  • 4 hari lalu
  • 2 min membaca

KUALA LUMPUR - Filem fantasi romantik yang telah mencuri perhatian lebih dari tiga juta penonton dan meraih kutipan pecah panggung melebihi USD 9 juta di Indonesia , "Sore: Istri dari Masa Depan", kini bersedia untuk memukau penonton di Malaysia.


“Sore: Istri dari Masa Depan” Menyapa Malaysia – Cinta Fantasi yang Menembus Waktu

Filem yang turut mendapat pengiktirafan sebagai penyertaan rasmi Indonesia ke Anugerah Akademi ke-98 (Oscars) bagi kategori Filem Antarabangsa Terbaik ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 25 September 2025.



Primeworks Studios, selaku pengedar rasmi dan rakan kongsi pemasaran, berbangga membawakan filem istimewa dari Indonesia ini ke Malaysia. Filem ini diterbitkan oleh Cerita Films, di bawah pimpinan Suryana Paramita, dan diarahkan oleh pengarah berbakat, Yandy Laurens. Ia menampilkan barisan pelakon terkemuka termasuk Dion Wiyoko, Sheila Dara Aisha, Goran Bogdan, Lara Nekic, Livio Badurina, Maya Hasan, dan Mathias Muchus.


“Sore: Istri dari Masa Depan” Menyapa Malaysia – Cinta Fantasi yang Menembus Waktu


"Sore: Istri dari Masa Depan" mengisahkan tentang Jonathan (lakonan Dion Wiyoko), yang terkejut dengan kemunculan seorang wanita misteri bernama Sore (lakonan Sheila Dara) yang mengaku sebagai isterinya dari masa hadapan. Matlamat tunggal Sore adalah untuk mengubah gaya hidup Jonathan sebelum terlambat. Namun, rahsia masa hadapan yang terbongkar telah mencetuskan kejutan yang tidak dijangka.



Diinspirasikan daripada siri web popular dengan judul yang sama, versi filem ini dipersembahkan dengan skala yang lebih besar, lapisan emosi yang lebih mendalam, dan sentuhan sinematik yang lebih berani.


Yandy Laurens, pengarah dan penulis skrip filem ini, menyatakan bahawa filem ini diinspirasikan daripada refleksi peribadinya selepas berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, di mana beliau mula memahami makna sebenar cinta tanpa syarat. Beliau teruja untuk berkongsi kisah ini dengan penonton di Malaysia, kerana percaya mesej universalnya tentang cinta dan peluang kedua.



Filem ini juga menyajikan sinematografi memukau yang membawa penonton mengembara merentasi tiga dunia iaitu Jakarta, Croatia, dan Finland. Keindahan kontras visual daripada padang salji beku, aurora yang menakjubkan, matahari terbenam keemasan, dan perkampungan Eropah yang indah bukan sahaja memperkayakan naratif, malah menghidupkan kisah romantis fantasi yang melangkaui masa, ruang, dan sempadan.


Menambah kedalaman emosi filem ini, lagu runut bunyi utamanya, "Terbuang Dalam Waktu" dendangan kumpulan rock alternatif Indonesia, Barasuara, turut mengiringi perjalanan Jonathan dan Sore.


Filem box office yang kini menduduki tempat keenam dalam senarai filem dengan kutipan tertinggi di Indonesia tahun ini mengajak penonton untuk merenung: "Jika diberi peluang kedua, apa yang akan anda ubah dalam hidup anda?".



Komen


bottom of page