top of page

Sos Cili Pedas IBU Tembusi Pasaran Brunei, Buktikan Produk Tempatan Mampu Bersaing di Peringkat Antarabangsa

  • Writer: MYB
    MYB
  • 5 minit lalu
  • 2 min membaca

BANDAR SERI BEGAWAN – Malaysia sekali lagi membuktikan produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan mampu bersaing di pentas global, dengan kejayaan cemerlang produk Sos Cili Pedas IBU yang diasaskan oleh penyanyi dan usahawan, Dato’ Khadijah Ibrahim. Hanya dalam tempoh empat bulan selepas pelancaran eksport rasmi, produk ini telah menembusi pasaran utama Brunei Darussalam.


Sos Cili IBU Tembusi Pasaran Brunei, Buktikan Produk Tempatan Mampu Bersaing di Peringkat Antarabangsa
Sos Cili Pedas IBU oleh Dato’ Khadijah Ibrahim berjaya tembusi pasaran Brunei dalam tempoh 4 bulan selepas dilancarkan.

Pencapaian ini menonjolkan keupayaan jenama IKS tempatan memenuhi piawaian antarabangsa dan bersaing dengan jenama global yang sedia kukuh. Sos Cili Pedas IBU kini boleh didapati di kesemua 70 rangkaian pasar raya utama di Brunei, termasuk Jaya Hypermart dan Fayze Mart.


Dato’ Khadijah Ibrahim, yang mesra disapa Ibu, menjelaskan bahawa jenama IBU dihasilkan sebagai lambang kasih sayang seorang ibu dan warisan rasa masakan Melayu yang abadi.


“Saya percaya setiap hidangan yang disediakan dengan kasih sayang membawa kebahagiaan. Itu adalah ‘jiwa’ di sebalik setiap produk IBU. Kami mahu berkongsi rasa cinta dan keaslian masakan rumah Malaysia dengan rakyat Brunei,” kata Pengasas IBU itu.

Sos Cili Pedas IBU dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi terpilih, bebas daripada pengawet tiruan, dan diadun dengan keseimbangan rasa pedas, masam, dan manis yang sempurna. Ia direka khas untuk keluarga moden yang menghargai keaslian dalam masakan.


Sos Cili IBU Tembusi Pasaran Brunei, Buktikan Produk Tempatan Mampu Bersaing di Peringkat Antarabangsa
Malaysia sekali lagi membuktikan produk keluaran Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan mampu bersaing di pentas global.

Dalam masa yang singkat, produk ini menerima maklum balas yang memberangsangkan daripada pengguna tempatan yang memuji tahap kepedasan yang seimbang, keenakan rasa, dan keasliannya.


“Sambutan daripada Brunei sangat luar biasa. Penerimaan ini membuktikan bahawa produk buatan Malaysia boleh bersaing dengan bangganya dan berjaya di pasaran antarabangsa,” ujar Dato’ Khadijah.

Dato’ Khadijah turut memperkenalkan enam lagi produk ke pasaran Brunei termasuk Sos Tiram, Sos Kicap, Sos Ayam Hainan, Sos Bawang Putih, Sos Cili Padi dan Sos Cili Lemon yang mana semuanya dijangka dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi.


Sos Cili IBU Tembusi Pasaran Brunei, Buktikan Produk Tempatan Mampu Bersaing di Peringkat Antarabangsa
Dato’ Khadijah turut mengadakan sesi demo masakan menggunakan Sos Cili Pedas IBU sebagai usaha memperkenalkan jenama itu di Brunei

Sebagai sebahagian daripada usaha memperkenalkan jenama IBU di Brunei, beberapa acara promosi telah diadakan termasuk demonstrasi memasak dan sesi interaktif bersama pelanggan di Jaya Hypermart dan Fayze Mart, serta pelancaran rasmi di Restoran Chilis, Jangsak yang dihadiri lebih 120 tetamu termasuk media, pelanggan dan peminat.


Kejayaan Sos Cili Pedas IBU di Brunei menandakan satu pencapaian penting dalam usaha jenama ini untuk berkembang ke seluruh rantau ASEAN, dan menjadi inspirasi kepada lebih banyak usahawan tempatan untuk menembusi pasaran global.




bottom of page