top of page
  • Writer's pictureMYB

Suria FM: Barisan Penyampai Baru Antara Pembaharuan Segar Untuk Tahun 2024

Suria FM, stesen radio popular Malaysia, semalam telah memperkenalkan barisan penyampai baharunya yang berjanji akan membawa sentuhan unik untuk meningkatkan kualiti dalam menyampaikan seleksi program yang lebih segar kepada pendengar agar kekal relevan dalam industri penyiaran radio negara.


Suria FM
Pemillihan Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Chilok dan Khai Hassan melalui proses pemilihan yang teliti, menekankan kemahiran profesional dan pengalaman luas selain mempunyai bakat serta minat yang mendalam dalam bidang penyiaran radio.

Dalam sidang media yang berlansung semalam, Suria FM memperkenalkan Datuk Fizz Fairuz, Chiwan Chilok, dan Kai Hassan sebagai barisan penyampai terbaru kepada keluarga radionya. Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid, pengenalan penyampai baharu ini merupakan langkah strategik untuk memantapkan dan memperkukuh barisan penyampai utama menjelang 'Tinjauan Radio' akan datang yang dijadualkan bermula 18 Februari hingga 30 Mac 2024.


Sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan semula penyampai, Datuk Fizz Fairuz akan mengacarakan segmen Morning Morning Suria dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 6 pagi hingga 10 pagi. Dengan karisma dan pengalamannya, Datuk Fizz Fairuz pastinya akan membawakan sentuhan istimewa untuk memulakan pagi pendengar dengan personalitinya yang bertenaga dan menarik.


Semasa ketiadaan Suraya disebabkan cuti bersalin, Kai Hassan akan mengambil alih segmen Morning Morning Suria serta segmen Carta Suria Top 40, dalam memastikan kualiti kandungan dalam segmen ini kekal terkemuka. Pendengar boleh mengharapkan peralihan yang lancar dan hiburan berterusan dengan kepakaran serta kemahiran pengacaraan Kai Hassan.


Sementara itu, Chiwan Chilok akan bergabung tenaga dengan Rara dalam segmen Suria Petang, disiarkan dari Isnin hingga Jumaat, dari 3 petang hingga 7 malam. Gabungan mereka yang meriah dan dinamik menjanjikan untuk menyampaikan pengalaman yang menghiburkan dan menarik kepada pendengar semasa berulang-alik di waktu petang atau masa lapang mereka.


Dengan pengenalan Dato’ Fizz Fairuz, Chiwan Cilok, dan Kai Hassan sebagai tambahan terbaru kepada barisan penyampai Suria FM, peminat boleh mengharapkan pengalaman mendengar yang segar dan menyegarkan.



Selain daripada barisan penyampai yang diperbaharui, Suria FM juga akan mempersembahkan pelbagai program 'info-edu-tainment' yang menarik. Program 'Seikhlas Suria' misalnya memberi peluang kepada pendengar memenangi hadiah wang tunai bernilai RM 24,000 sebagai tanda penghargaan atas sokongan mereka. Tambahan pula, program 'Ybae Suria Masuk Kampung' berfungsi sebagai inisiatif tanggungjawab sosial korporat yang bertujuan untuk menghubungkan dengan pendengar dalam komuniti setempat.


Menambah kemeriahan program yang telah dirancangkan, pendengar boleh menantikan Drama Raya Suria 2024, lagu Suria Raya, dan pelbagai lagi program memikat hati sebagai sebahagian daripada kempen 'Raikan Yang Dirai', sebagai menyambut kedatangan bulan Ramadan yang semakin hampir dan musim perayaan Aidilfitri yang akan datang.


Komitmen Suria FM untuk menyediakan kandungan berkualiti dan program yang menarik terserlah dalam pemilihan penyampai yang berbakat dan berpengalaman. Nantikan Suria FM untuk pengalaman hiburan radio yang tidak dapat dilupakan.

bottom of page