Suria FM Siar Seleksi Program Menarik Sempena Syawal 2022
top of page
  • Writer's pictureMYB

Suria FM Siar Seleksi Program Menarik Sempena Syawal 2022

Suria mencatatkan Peningkatan Jumlah Pendengar (PJP) sebanyak 11% atau bersamaan 350,000 pendengar menurut keputusan kaji selidik GFK terbaru, bagi pengukuran pendengar radio Wave 1, 2022 berbanding kaji selidik Wave 2, 2021. Sehingga kini Suria FM telah berjaya mencatatkan jumlah pendengar mingguan hampir 3.5 juta pendengar.


Perkara tersebut telah diumumkan oleh Pengerusi Kumpulan Radio Star, Datuk Dr. Aminuddin Mohd Rouse bersama Pengurus Besar, merangkap Ketua Stesen Radio Suria FM iaitu Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin pada majlis berbuka puasa bersama barisan penyampai Suria FM dan media yang diadakan semalam bertempat di The Eastin Hotel, Petaling Jaya.



Suria FM turut mengumumkan beberapa program hiburan istimewa bertemakan ‘Nikmati Bersama’ yang akan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.


Antara program menarik adalah Takbir Raya Suria 2022, Carta Suria Top 40 Raya, Team Pagi Suria Raya, Lagu Raya Suria 2022 serta Muzik Video (MV) ‘Pelukan Aidilfitri’, disebalik tabir (BTS) dan drama raya ‘Dodol Tak Bergula’ yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh disaksikan menerusi platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, aplikasi Suriamalaysia, saluran youtube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook,Twitter dan Tiktok).

 

Suria sekali lagi membawakan lagu raya terbaru pada tahun 2022 yang berjudul ‘Pelukan Aidilfitri’ ciptaan Achoi Floor 88 dan Oja pasti akan memeriahkan lagi raya anda! Saksikan muzik video lagu raya Suria dengan penampilan istimewa daripada pelakon veteran, Wan Maimunah yang akan menemui anda sepanjang Syawal ini.


Lagu Raya Suria 2022 dan Muzik Video: ‘Pelukan Aidilfitri’

Tarikh disiarkan: 20 April 2022

Masa: 8.00 pagi

Pautan/ Link Youtube: https://youtu.be/pli_5JONDwU



Saksikan disebalik tabir drama raya Suria 2022, ‘Dodol Tak Bergula’ menampilkan barisan penyampai radio Suria FM dan pelakon veteran, Wan Maimunah yang akan ditayangkan pada ramadan ini! Nantikan gelagat dan temu ramah eksklusif bersama barisan pelakon yang menceritakan tentang watak dan pengalaman mereka sepanjang di lokasi penggambaran di Sijangkang, Selangor.


Disebalik Tabir (BTS) Drama Raya Suria 2022 : ‘Dodol Tak Bergula’

Tarikh ditayangkan: 21 April 2022

Masa: 12.00 tengah hari

Pautan/ Link Youtube: https://youtu.be/6xLGQeyo5sc



‘Dodol Tak Bergula’ sebuah drama pendek tajaan Quran Humaira ini berkonsepkan pengajaran dan unsur komedi santai yang mengisahkan tentang kehidupan seorang ibu tunggal bernama Mak Leha yang gemar membuat dodol dan seorang yang sering disenangi oleh orang kampung kerana sifatnya yang peramah. Tetapi sifatnya tidak disenangi oleh Lin dek kerana dendam kesumat yang tersimpan berpuluh tahun akibat perebutan tanah pusaka. Selepas tahun berganti, sedikit perubahan mulai terlihat pada sosok figura tersebut. Sosok tubuhnya ada di depan mata, hakikatnya dia tidak seperti biasa. Jadi apakah perubahan yang berlaku pada diri Mak Leha? Adakah dendam kesumat antara Mak Leha dan Lin akan menemui titik noktah? Jangan lupa saksikan!


Drama Raya Suria 2022 : ‘Dodol Tak Bergula’

Tarikh ditayangkan : 22 April 2022

Masa: 9.30 malam

Pautan/ Link Youtube: https://youtu.be/mLa28d8jFWw



Suria FM telah melancarkan kempen ‘Kotak Infak Suria’ mulai 8 April lalu sehingga 28 April 2022. Hampir 200 kotak infak telah terjual, dan akan disalurkan kepada golongan muaalaf dan anak-anak Asrama Darul Falah dibawah jagaan Organisasi Perkim. ‘Kotak Infak Suria’ dijual dengan harga RM 55 mempunyai barangan seperti sejadah, minyak wangi mesra wuduk, pelitup muka dan hand sanitizer. Pengagihan akan diadakan di Perkim Jalan Ipoh dan akan dimeriahkan lagi dengan kedatangan para penyampai Suria FM, penampilan istimewa dari kumpulan nasyid terkenal Inteam dan penyanyi popular Sarah Suhairi. Jom berinfak dengan Suria agar perjalanan dan hasrat kami untuk menginfakkan ke semua ‘Kotak Infak Suria’ tercapai!


Pengagihan ‘Kotak Infak Suria’

Tarikh: 28 April 2022



Carta Suria Top 40 Raya memainkan lagu-lagu raya popular pilihan Team Pagi Suria dan Suria Petang dengan menampilkan selebriti popular, Amir Masdi, Fieya Julia, Ramlah Ram dan Naim Daniel sebagai tetamu jemputan selama 4 jam pada 30 April dan 7 Mei 2022 jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang.


Carta Suria Top 40 Raya

Tarikh disiarkan: 30 April & 7 Mei 2022

Masa: 10.00 pagi - 2.00 petang



Pagi raya anda akan lebih kecoh dengan Team Pagi Suria Raya bersama Fizi Ali, Suraya dan Ajak serta penyanyi popular Dayang Nurfaizah, Hannah Delisha, Sophia Liana, Ziana Zain, Cik Man, Syamel dan Ernie Zakri serta Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, ACP Sarifudin pada Isnin hingga Jumaat seawal jam 6.00 pagi hingga 10.00 pagi!


Team Pagi Suria Raya

Tarikh disiarkan: 3 Mei - 5 Mei 2022

Masa: 6.00 pagi - 10.00 pagi



Saksikan Video Takbir Raya Suria 2022 yang dibarisi oleh Penyampai Suria FM juga kakitangan Suria, dan penampilan istimewa daripada penyanyi popular, Lah Ahmad dan Ustaz Munif (Hijaz) yang berlokasi di Masjid Sendayan, Negeri sembilan. Takbir Raya ini akan bersiaran pada malam raya sehingga hari raya pertama di semua digital platform Suria Malaysia juga akan turut disiarkan di radio Suria FM.


Takbir Raya Suria 2022

Tarikh ditayangkan: 2 Mei - 3 Mei 2022

Masa: 8.00 pagi - 9.00 pagi



Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Raya ini. Gunakan #RaikanBersama untuk sebarang interaksi di laman sosial.

bottom of page