Suria Malaysia Ajak Pendengar Kumpul Pahala Sepanjang Ramadan Ini
top of page
  • Writer's pictureMYB

Suria Malaysia Ajak Pendengar Kumpul Pahala Sepanjang Ramadan Ini

Suria Malaysia (Suria FM) telah memperkenalkan pengisian khas dan menarik bertemakan 'Kumpul Pahala' disepanjang Ramadan ini yang bermula sejak 4 April lalu dan akan berlansung sehingga 3 Mei 2022.



Pengisian ini merangkumi program ilimiah, program berbentuk hiburan, 'shorties' juga peraduan yang boleh didengarkan di frekuensi Suria FM juga boleh disaksikan menerusi platform digital Suria, antaranya laman web suria.my, saluran youtube SuriaTV serta media sosial Suria Malaysia (Instagram, Facebook dan Twitter).


“Seperti yang semua tahu, pahala amalan akan berganda pada bulan Ramadan. Dengan konsep begitu, Suria FM akan mengetengahkan tema #KumpulPahala dalam usaha menyeru orang ramai untuk sama-sama melipat gandakan amalan mengumpul pahala pada bulan yang mulia ini,” kata Pengurus Besar Suria FM, Cik Roslinda Abd Majid (DJ Lin).


“Suria FM begitu menitik beratkan variasi pengisian Ramadan kali ini agar dapat memberi manfaat dan pada masa yang sama memberikan hiburan kepada pendengar dan penonton Suria menerusi semua platform Suria yang sedia ada, sama ada secara ke udara ataupun melalui platform digital.” tambah DJ Lin.


Antara pengisian menarik 'Kumpul Pahala' adalah program 'Tadabbur Suria bersama Quran Humaira' yang bersiaran untuk 11 episod bermula pada 4 April sehingga 29 April 2022. Sementara itu, program '30 Hari Mencari Cinta Ilahi' bersiaran untuk 30 episod bermula pada 4 April sehingga 3 May 2022, manakala 'Kotak Infaq Ramadan' pula melibatkan sumbangan 'Kotak Pahala' yang dibeli penyumbang kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih.


 


Tadabbur Suria bersama Quran Humaira

Tarikh: 4 April – 29 April 2022

Episod: 11 Episod


Rahmat seribu bulan, indahkan bersama Quran Humaira. sedekad menemani anda.

Bersama Ustaz Don Daniyal dalam menafsir, memahami maksud ayat dan mendalami isyarat-isyarat daripada ayat-ayat al-Quran sepanjang Ramadan ini.




30 Hari Mencari Cinta Ilahi

Tarikh: 4 April – 3 May 2022

Episod: 30 Episod


Dengarkan perkongsian Ustazah Datuk Dr Nurhafizah mengenai topik-topik berkenaan mencari cinta Allah SWT di dalam bulan Ramadan.



Kotak Infaq Ramadan


Beli ‘Kotak Pahala’ yang tersenarai di Kedai Suria dan sertai program infaq Suria kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terpilih. Kotak Infaq Suria mempunyai barangan seperti sejadah, minyak wangi mesra wuduk, pelitup muka dan hand sanitizer.


Setelah sebulan fokus mengumpul pahala, raikan bersama ahli keluarga kegembiraan Raya ini dengan pengisian menarik dan terbaharu seperti drama raya dan muzik video Raya terbitan Suria Malaysia.


Muat turun aplikasi terbaru Suria Malaysia dan ikuti platform media sosial Suria Malaysia untuk mendapatkan info terkini mengenai program menarik dan menghiburkan sepanjang Ramadan dan Raya ini. Gunakan #KumpulPahala #RaikanBersama untuk sebarang interaksi di laman sosial.

bottom of page