Tiada Penyingkiran, Semua Mara! Separuh Akhir Big Stage Alpha Kejutkan Peminat
- MYB
- 13 jam lalu
- 1 min membaca
Shah Alam – Malam separuh akhir program realiti popular Big Stage Alpha (BSA) yang disiarkan secara langsung dari Shah Alam Royal Theater semalam menyaksikan satu kejutan besar apabila tiada penyingkiran diumumkan, sekali gus menyaksikan tujuh bintang program itu mara ke pentas akhir minggu hadapan.

Keputusan itu nyata menggembirakan peminat dan peserta, terutamanya Araff, Afiq Sky dan Ariel Fesol yang sebelum ini berada dalam kedudukan bahaya. Keputusan mengejut ini turut mencetuskan spekulasi bahawa kesemua tujuh peserta bakal debut sebagai kumpulan Alpha pertama yang dilahirkan oleh program jtu.
Malam separuh akhir semalam turut menyaksikan Daniel Sher mencuri perhatian juri dan penonton apabila membawakan lagu “Aku Skandal” nyanyian asal kumpulan Hujan dengan penuh karisma dan gaya tersendiri. Persembahan bertenaga itu melayakkan Daniel dinobatkan sebagai juara mingguan, diikuti rapat oleh Rizal Rashid dan Ray-D.
Daniel turut membawa pulang Anugerah Ikon Perfume Paradise, menjadikannya antara peserta paling konsisten sepanjang musim ini.

Program yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose ini telah bersiaran selama lapan minggu dan akan melabuhkan tirainya minggu hadapan dengan pentas akhir yang dijangka penuh kejutan dan emosi.
Siapakah yang berjaya melangkah ke pentas akhir untuk bergelar sebahagian daripada boy group sulung Big Stage Alpha? Dan siapakah yang terpaksa akur menamatkan perjalanan mereka di sini? Pastinya, keputusan penuh akan menjadi bualan hangat peminat dan pemerhati industri hiburan sepanjang minggu ini.
Saksikan terus Big Stage Alpha untuk mengetahui siapa yang akan dinobatkan sebagai juara dan seterusnya membentuk sebuah fenomena baharu dalam industri muzik tanah air!
Comentarios