top of page

Tiket Konsert Ulang Tahun MR.DIY ‘Licin’ Dalam Sehari, 2,540 Tiket Tambahan Kini Ditawarkan!

  • Writer: MYB
    MYB
  • 12 Jun
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR - Tiket-tiket Konsert Ulang Tahun ke-20 MR.DIY telah habis ditebus dalam masa sehari sahaja, mencetuskan kegilaan dalam kalangan peminat. Ribuan peminat melahirkan rasa kecewa dan menggesa penganjur untuk mengeluarkan lebih banyak tiket.


Tiket Konsert Ulang Tahun MR.DIY ‘Licin’ Dalam Sehari, 2,540 Tiket Tambahan Kini Ditawarkan!

Menyahut permintaan ramai, MR.DIY dengan sukacitanya mengumumkan pelepasan 2,540 tiket tambahan. Penebusan pusingan kedua akan dibuka pada 14-15 Jun 2025. Konsert yang bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ini akan berlangsung pada Jumaat, 11 Julai 2025, jam 5:30 petang dan menjanjikan barisan artis Malaysia terkemuka.


Tiket tambahan ini boleh ditebus pada 14 dan 15 Jun 2025. Untuk menebus, pelanggan hanya perlu berbelanja RM40 atau lebih di mana-mana cawangan MR.DIY seluruh negara. Mereka kemudian boleh mengimbas kod QR pada poster rasmi di kedai atau layari laman web rasmi MR.DIY untuk mengisi borang penebusan.Tiket adalah terhad dan berdasarkan siapa cepat dia dapat. Jadi orang ramai dinasihatkan bertindak pantas!



Konsert eksklusif ini bakal menampilkan barisan artis popular Malaysia yang akan menggegarkan pentas bersejarah Stadium Merdeka dengan persembahan bertenaga dan penuh warna-warni. Tiada siaran ulangan, tiada konsert kedua, jadi ini adalah malam yang tidak boleh dilepaskan.


Bagi mereka yang terlepas peluang mendapatkan tiket konsert G-Dragon baru-baru ini, ini mungkin peluang keemasan anda untuk kembali bersinar! Untuk maklumat lanjut, layari mrdiy.com/concert2025 dan ikuti MR.DIY di Facebook serta Instagram untuk perkembangan terkini.



Komen


bottom of page