top of page

Trauma Kehilangan Jadi Ilham, Irfan Haris Merayu Jangan Pergi Dalam 'Tolong'

  • Writer: MYB
    MYB
  • 12 Jan
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Membuka tirai tahun baharu dengan penuh emosi, penyanyi muda berbakat besar, Irfan Haris, kembali mempertaruhkan karya balada yang meruntun jiwa berjudul "Tolong". Lagu terbitan Sony Music Entertainment Malaysia ini bukan sekadar sebuah naskhah biasa, sebaliknya disifatkan sebagai satu doa dan luahan rasa ketakutan terhadap kehilangan yang sering dipendam.


Trauma Kehilangan Jadi Ilham, Irfan Haris Merayu Jangan Pergi Dalam 'Tolong'

Selepas kejayaan manis lagu duet "Rasa & Takdir" bersama kakaknya, Amira Othman yang meraih hampir 4 juta tontonan, Irfan kini tampil lebih matang dengan menyuntik elemen kejujuran yang mendalam dalam nyanyiannya.


Menurut Irfan, "Tolong" adalah karya yang sangat dekat dengan hatinya kerana ia menterjemahkan rasa kasih yang tidak berbelah bahagi kepada keluarga, terutamanya ibu dan bapanya.


"Saya tidak boleh bayangkan hidup saya tanpa mereka. Saya letakkan perspektif itu untuk dapatkan feel ketika menyampaikan lagu ini," ujar Irfan yang mengakui emosi lagu ini mengatasi keperluan untuk menonjolkan teknik vokal semata-mata.
Trauma Kehilangan Jadi Ilham, Irfan Haris Merayu Jangan Pergi Dalam 'Tolong'

Tambahnya lagi, beliau tidak mengejar nota tinggi, sebaliknya mahu pendengar merasai mesej yang 'raw' dan mahal dari hati.


Lagu yang mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik Dr. Syafiq Rashid ini diinspirasikan daripada trauma sebenar kehilangan, menjadikan bait-bait liriknya satu rayuan tulus agar tidak ditinggalkan orang tersayang. Susunan muzik yang kemas oleh Wan Saleh turut melengkapkan lagi rasa syahdu lagu ini.


Menolak untuk mengulang formula lagu terdahulu, Irfan menyifatkan "Tolong" sebagai satu risiko yang berbaloi demi lari daripada perbandingan dan terus berkembang sebagai anak seni. Peminat kini boleh menghayati single "Tolong" di semua platform digital utama bermula 9 Januari lalu.



Komen


bottom of page