top of page

WINGS Tetap Terbang Tinggi Sambut 40 Tahun Rock!

  • Writer: MYB
    MYB
  • 9 Okt
  • 1 min membaca

KUALA LUMPUR – Walaupun dua anggota asalnya, Black (dram) dan Eddie (bass), telah mengumumkan pengunduran diri, kumpulan legenda rock tanah air WINGS tetap teguh meneruskan Konsert Ulang Tahun Ke-40 mereka sebagai penghormatan kepada perjalanan seni selama empat dekad.


Konsert bertajuk “WINGS 40: 4 Dekad Terbang Tinggi” akan berlangsung pada 28 November 2025 di Idea Live Arena, Damansara, dan dijanjikan sebagai sebuah persembahan epik yang penuh nostalgia buat para peminat setia.


Menurut Dato’ Eddy Amir Salim, Pengarah Urusan Rumah Produksi Merah (RPM) dan penganjur konsert, acara ini bukan sekadar hiburan, tetapi simbol penghargaan terhadap nama besar WINGS yang telah menjadi ikon muzik rock Malaysia sejak tahun 1985.


“Ulang tahun ke-40 ini bukan sekadar persembahan, ia adalah satu penghargaan kepada nama WINGS yang telah menghiburkan peminat selama empat dekad,” ujar Dato’ Eddy.
WINGS Tetap Terbang Tinggi Sambut 40 Tahun Rock!

Beliau turut menyampaikan ucapan selamat maju jaya kepada Black dan Eddie, serta mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan.


Pihak pengurusan berazam untuk memastikan setiap penonton membawa pulang kenangan indah bersama lagu-lagu ikonik WINGS , dan menegaskan bahawa semua persiapan kini berjalan lancar tanpa sebarang halangan.


Malah, dalam perkembangan yang memberangsangkan, konsert ini telah menerima sokongan padu yang luar biasa daripada peminat, di mana jualan tiket telah mencecah 90% , dan hanya sekitar 10% baki tiket sahaja yang masih tersedia untuk peminat yang belum membuat pembelian


Konsert ini dijangka menjadi detik bersejarah yang bukan sahaja meraikan muzik rock, tetapi juga semangat juang WINGS dalam mengekalkan relevansi dan kekuatan mereka dalam industri muzik tanah air.


Komen


bottom of page