YEG SASAR 1000 PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH TAHUN INI
top of page
  • Writer's pictureMYB

YEG SASAR 1000 PELAJAR DIPLOMA PENGURUSAN HAJI DAN UMRAH TAHUN INI

Pelajar ketika ini lebih cenderung ke arah untuk bekerja daripada menyambung pengajian selepas SPM. Melahirkan graduan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) merupakan kempen YEG Pesta Sambung Belajar #belajarteruskerja adalah bertujuan untuk mengetengahkan program diploma yang dikira agak baru di pasaran pendidikan. Paling menarik mengenai program DHUMY ini adalah bagi pelajar semester akhir pulan akan menjalani latihan praktikal di tanah suci.


Sering diperkatakan bahawa kita kekurangan mutawif orang Malaysia yang membawa rombongan jemah haji dan umrah di tanah suci. Hal ini tidak lagi dengan kewujudan program DHUMY mempergiatkan kerjaya dalam bidang pengurusan gaji dan umrah.


Foto; Baru-baru ini dilancarkan Program DHUMY di Malakat Mall, Cyberjaya. Majlis dirasmikan oleh Pengerui Kolej AntrabangsaTeknologi Inovatif, Prof. Emeritus Dato' Dr . Hashim Yaacob. Turut hadir Pengarah Urusan YEG, Hassan Ithnin & Azizulhakim Suhaimi.


Sambungan daripada kempen YEG Pesta Sambung Belajar pada tahun 2022 dengan tanda pagar #jangansalahpilihbidang, Diploma Pengurusan Haji dan Umrah merupakan bidang sambung belajar yang telah diinovasi untuk lebih relevan kepada para pelajar lepasan SPM. Oleh kerana ramai anak muda yang lebih tertarik untuk terus menceburi bidang pekerjaan, diploma yang hanya memakan masa pendek selama dua tahun setengah ini mampu memberikan pengalaman dan kemahiran terbaik buat golongan lepasan SPM kekal relevan dalam industri kerjaya. Kegusaran para pelajar untuk mendapatkan pekerjaan setelah selesai pengajian juga dapat ditangani kerana keadaan semasa industri haji dan umrah bakal berkembang dan memerlukan lebih ramai tenaga industri mahir untuk membantu para jemaah yang dijangka akan meningkat. Lebih menarik lagi apabila usaha ini juga mendapat sokongan oleh pakar-pakar industri antaranya seperti syarikat-syarikat pelancongan islamik, Andalusia Travel and Tours dan Simply Umrah.


Fakulti Pengajian Antarabangsa atau lebih dikenali sebagai Fakulti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) merupakan sebuah fakulti pendidikan yang mengetengahkan bidang diploma berkaitan pengurusan haji dan umrah dibawah kelolaan YEG Academy (M) Sdn. Bhd. Penubuhan fakulti ini bergerak dengan kerjasama sebuah institusi pendidikan, Kolej Antarabangsa Inovatif yang terletak di Kelana Square, Kelana Jaya. Disebabkan permintaan yang tinggi terhadap diploma ini, YEG sasar 1000 pelajar bagi kemasukan program DHUMY pada tahun ini. Oleh itu, demi memberikan fasiliti yang lebih baik dan persekitaran yang lebih kondusif kepada pa


ra pelajar, Fakulti Diploma Pengurusan Haji dan Umrah telah berpindah ke Cyberjaya.


Berikutan dengan ini juga, dua pensyarah baru yang dikhususkan dalam bidang komunikasi dan akidah dan sahsiah para pelajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah (DHUMY) bakal dilantik untuk menambah baik struktur pendidikan dan kokurikulum graduan diploma ini. Tuan Haji Badrul Sani bakal dilantik sebagai pensyarah kanan yang menggantikan Muhammad Haris bin Mohd Ismail atau dikenali sebagai PU Riz. Beliau merupakan seorang yang telah diperakui kelulusan dalam Neuro Linguistik program (NLP) serta mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang komunikasi.



Sehubungan dengan itu, pensyarah yang bertanggungjawab dalam urusan akidah dan sahsiah DHUMY pula adalah Al- Habib Syeikh Dr. Omar Muhammad Kalash As-Syafie al-Husainiy. Beliau mempunyai kelulusan PhD dalam pengajian Fiqh dan Usul al-Fiqh daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) beserta mendapat kelulusan tauliah daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengajar pengajian Islam. Bagi memastikan silibus DHUMY menepati salah satu piawaian di bawah program diploma yang dijalankan oleh YEG Pesta Sambung Belajar iaitu inovasi modul program yang relevan dengan dunia kerja terkini bersama bimbingan tenaga pakar industri, beberapa memorandum persefahaman (MoU) bersama agensi-agensi pelancongan di Malaysia bakal dipersetujui.


Turut dilancarkan portal pembelajaran Haji dan Umrah pertama di Malaysia, E-hajj.my dengan kerjasama Akademi Mutawwif Training Centre (AMTC) dan Akademi Belajarlah. E-hajj.my diwujudkan sebagai 'One Stop Centre' bukan sahaja untuk pelajar mengikuti pengajian secara online, tetapi juga sebagai pusat perkembangan kerjaya dalam bidang haji dan umrah. Hal ini kerana, nama pelajar yang lulus dan layak untuk menjadi mutawif akan diletakkan dalam portal E-hajj.my sekali gus memudahkan pemain industri untuk mencari pekerja bertauliah.


Senarai agensi-agensi pelancongan Malaysia yang terlibat untuk MoU seperti berikut:


1. Simply Umh Travel Services Sdn. Bhd.

2. Rayhar Travels Sdn. Bhd.

3. Az Zuha Group travel & Tours Sdn. Bhd.

4. Darul Mubarak Travel & Tours Sdn. Bhd.

5. Yiros Tours & Travel Sdn. Bhd.

6. Narsco Travel & Tours Sdn. Bhd.

7. NRZ Holidays & Services Sdn. Bhd.

8. Maghfirah Travel & Tours Sdn. Bhd.

9. Hidayatul Travel & Tour (M) Sdn. Bhd.

10. The Umrah Travel

11. Omrah Travel

12. Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.

13. MIM Travel

14. Madini Travel & Tours Sdn. Bhd.

15. Safar Buddies Travel & Services Sdn. Bhd.

0 comments
bottom of page