top of page
  • MYB

Zali Rusli Harap 'Kamu Cantik Malam Ini' Mudah Lekat Di Hati Pendengar

Dua tahun lalu percubaan Zali Rusli untuk dikenali sebagai penyanyi melalui single pertama beliau, Pewangi, ciptaan Haqiem Rusli dan Ibnu tidak menjadi seperti yang dirancangkan ekoran penularan pandemik Covid-19. Nasib tidak menyebelahi beliau dek kerana aktiviti promosi yang sangat terbatas ketika itu.



Terbaru Zali Rusli yang kini berusia 17 tahun muncul sekali lagi dengan mempertaruhkan single kedua beliau 'Kamu Cantik Malam Ini' yang juga merupakan lagu ciptaan Haqiem dan beliau sendiri.


Bila ditanya kenapa tidak menyayikan lagu pencipta lain, Zali berkata, “Buat masa sekarang saya rasa selesa menyanyikan lagi ciptaan kami, dan ianya mendapat persetujuan dari pihak FMC Music. Namun jika diberi peluang saya juga mahu menyanyikan lagu pencipta lain. Tapi kali ini saya rasa lebih yakin menyanyikan lagu ciptaannya bersama Haqiem.


Ditanya lanjut dengan persoalan apakah beliau peduli apabila dikaitkan dengan populariti abangnya, Haqiem Rusli, Zali berkata,


“Saya tak kisah jika orang tak kenal saya sebagai adik Haqiem Rusli. Saya lebih selesa untuk merangkak dan berdiri di atas nama dan bakat saya sendiri,” jelas Zali.


Zali yakin kerana lagu bergenre balada seperti ini mudah diterima dan lekat di hati pendengar. Tambahnya lagi, “Jika dilihat situasi sekarang, ramai pendengar sukakan lagu lagu jiwang balada era 90an, jadi saya rasa lagu ini memang bertepatan dengan konsep dan selera dan pendengar masa kini.


Ditanya mengapa Zali tidak mengikut jejak rakan artis senior di FMC Music lain yang rata rata merakamkan semula lagu popular lama, beliau berkata, “ Menurut saya biarlah mereka sahaja buat dulu, saya nanti dulu. Kerana saya yakin jika kita boleh mencipta satu karya baru yang boleh di popularkan dan masih menepati selera pendengar. Kenapa kita nak bergantung pada lagu lama sahaja kan? “


Zali Rusli

Menyentuh soal muzik video yang melibatkan pelakon remaja yang kontroversi baru – baru ini Zali berkata beliau sangat teruja.


“Ya pada mulanya saya terkasima juga waktu jumpa Qistina Raisah. Dia bukan sahaja cantik malah dia sangat peramah. Hati lelaki mana yang tak bergetar kalau jumpa wanita secantik Qis.


"Saya selalu tengok Qis dalam drama je, bila dah depan mata terus terkedu. Dan jujur saya cakap saya terpaut hati pada Qis. Tapi bila dapat tahu beliau dah ada seseorang, saya pendam jelah ,“ kata Zali sambil berseloroh.


'Kamu Cantik Malam Ini' telah dilancarkan disemua platform digital termasuk muzik video rasmi lagu ini di saluran Youtube FMC Music pada 29 Disember 2022 yang lalu.


Zali berharap semoga Kamu Cantik Malam ini diterima pendengar “Saya ikhlas untuk berada dalam industri hiburan ini kerana minat, dan saya tidak mahu dibayangai atau dikatan menumpang populariti abang saya. Moga anda semua menerima dan suka dengan lagu saya kali ini.”


0 comments
bottom of page