top of page

Bintang Serumpun, Eira Syazira & Nabila Maharani Bersatu dalam 'Bawang Merah Bawang Putih'

  • Writer: MYB
    MYB
  • 24 Sep
  • 1 min membaca

PUTRAJAYA - Dua nama besar dari industri hiburan serantau, Eira Syazira dari Malaysia dan Nabila Maharani dari Indonesia, kini bergabung suara dalam sebuah single pop terbaharu berjudul "Bawang Merah Bawang Putih".


Bintang Serumpun, Eira Syazira & Nabila Maharani Bersatu dalam 'Bawang Merah Bawang Putih'
Kolaborasi istimewa antara dua nama besar dari Malaysia dan Indonesia, Eira Syazira dan Nabila Maharani, menerusi single terbaru mereka berjudul “Bawang Merah Bawang Putih”

Single bergenre pop ini dicipta sepenuhnya oleh Trisuaka, dengan susunan muzik oleh Ardy Goliath. Proses rakaman berlangsung di Studio Trisna Music di Jogjakarta, yang menandakan kerjasama kreatif antara pemuzik dari Malaysia dan Indonesia.


Projek kolaborasi ini dijayakan di bawah naungan ES Arjuna Management (Malaysia) dan Positif Art Entertainment (Indonesia), sekali gus mengukuhkan lagi hubungan seni di rantau Nusantara.



Video muzik lagu ini juga dirakam di Jogjakarta dan menceritakan semula kisah klasik "Bawang Merah Bawang Putih". Video tersebut menggambarkan watak Bawang Putih yang sering diperlakukan tidak adil oleh ibu dan adik tirinya, sebelum datangnya seorang putera berkuda sebagai penyelamat. Visual sinematik dan naratif penuh emosi ini dijangka akan menyentuh hati para penonton.


Menurut wakil pengurusan projek, Azad Jazmin, kolaborasi ini bukan sahaja menggabungkan dua suara hebat, tetapi juga berfungsi sebagai jambatan budaya yang menyatukan Malaysia dan Indonesia melalui muzik.




Projek ini mendapat tajaan penuh dari Candyta, sebuah jenama produk penjagaan rambut yang diasaskan oleh Eira Syazira sendiri, serta sokongan penajaan dari Batik Air, Le Méridien Putrajaya, Kaki Jersey, dan Perabot Jati Awish.


Lagu "Bawang Merah Bawang Putih" telah dilancarkan serentak di semua platform penstriman muzik digital utama manakala video muzik (MV) lagu ini telah boleh ditonton menerusi saluran YouTube rasmi Trisna Music bermula 9 September 2025.



Komen


bottom of page